Anak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok, Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok!!

Sharing is caring!

“Korang bila lagi nak berhenti? Jangan sampai jadi macam saya, menyesal nanti ”, pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rokok.

Katanya, anaknya itu meninggal akibat pneumonia atau radang paru-paru.

Di usia yang sangat muda, peluang tentulah sangat tipis untuk menyelamatkannya.

Kesal berbalut rindu lelaki ini mengisahkan ceritanya untuk mengingatkan kepada orang lain…

“Saya adalah bekas perokok tegar selama 18 tahun. Anak perempuan saya sangat comel. Genap usianya 1 tahun 10 hari, dia meninggal dunia akibat di jangkiti radang paru paru yang berpunca dari asap rokok yang saya hisap setiap hari.

Saya tidak merokok di sebelahnya. Saya merokok jauh dari anak saya walaupun masih duduk di tempat yang sama.

Kalau begitu, bagaimana boleh membahayakan anak? Anak saya terkena racun rokok yang melekat pada baju ketika saya mendukung dan bermain dengannya selepas merokok”.

Pengakuan lelaki ini turut mendapat perhatian dari doktor pakar untuk mengkaji sama ada bau racun rokok yang melekat pada baju berbahaya atau tidak.

Menurut Dr. Arif, “Orang dewasa yang merokok di mana-mana pun, baik dekat atau jauh, ia akan tetap berbahaya, terutamanya bagi kanak kanak.

Asap rokok masih berbahaya dalam jarak 10 meter. Jadi, walaupun merokok di luar rumah, besar kemungkinan asap rokok masuk ke dalam rumah.

Begitu juga racun yang melekat pada baju perokok.

Tentu sangat berbahaya sekiranya selepas habis merokok, kita mendukung anak kita terutama bayi. Jika masuk ke rumah selepas merokok, pastikan anda mandi terlebih dahulu dan menukar baju sebelum bermanja dengan anak, ” tegasnya.

Sumber : KRT

Sharing is caring!