Ingat Lagi Anak Shah Rukh Khan dalam Filem Kabhi Kushi Kabhie Gham? Kini dah Meningkat Remaja. Kacak Habis

Sharing is caring!


Tengok dulu sedutan video dia beberapa tahun yang lalu..

Di pertengahan tahun 90-an hingga 2000, filem Bollywood memang tengah menghantui jiwa rakyat Malaysia. Sebut saja Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein hingga Kal Ho Na Ho. Kebanyakan yang sukses besar adalah filem-filem yang dibintangi Shahrukh Khan dan Kajol. Nah ada salah satu filem yang kala itu yang menarik perhatian publik iaitu Kabhi Kushi Kabhie Gham.

Bagaimana tidak, semua bintang terkenal di industri filem Bollywood berkumpul semua di sana. Ada Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan hingga Kareena Kapoor.

Salah satunya juga yang menarik adalah seorang yang pegang watak anak Shahrukh Khan dan Kajol yang bernama Krish, dlakonkan oleh Jibraan Khan. Wajah yang comel dengan gaya pertuturan yang pintar membuat ramai orang jatuh hati. Kini sudah 15 tahun berlalu, kini Jibraan sudah jadi pemuda dewasa yang kacak. Jom lihat transformasinya di bawah ini.

Ini lah Jibraan Khan yang dalam filem popular itu jadi anaknya Shahrukh Khan dan Kajol, comelkan?

 Lucu pula tengok wajah jejaka ini, memang sesuai jadi anaknya Shahrukh Khan.Sekarang sudah dewasa seperti ini,wanita boleh rasa panas dingin macam ni.Sekarang pun Jibraan masih aktif di dunia lakonan, tetapi masih belum popular dikalangan selebriti Bollywood. Semoga beliau terus sukses dalam dunia hiburan.

Sumber Gondang Online via Hangat.com

 

Sharing is caring!