(Luar Negara) Kisah Anak Derhaka! Wanita Berusia 92 Tahun Dikurung Bertahun-Tahun Dalam Kandang Oleh Anak dan Menantu…

Sharing is caring!

Ibu mana yang tidak sayangkan anak sendiri. Sembilan bulan dia bersusah payah untuk mengandungkan seorang anak. Sepanjang mengandung, dia perlu lalui banyak keperitan dan kesakitan dan bersabar sehinggalah melahirkan anak. Ketika melahirkan anak, ibu juga perlu mempertaruhkan nyawanya ketika melahirkan anak tersebut. Begitulah besarnya pengorbanan seorang yang di panggil ibu. Sebab itu Allah sendiri mengangkat darjat seorang ibu sangat tinggi di sisi agama dan selayaknya ibu itu mendapat ganjaran syurga.

Walaupun seorang anak di gesa untuk menjaga kebajikan seorang ibunya apatah lagi jika dia sudah tua, namun  begitu hari ini banyak kes yang berlaku di mana seorang anak sanggup memperlakukan ibunya dengan tidak wajar.

Sebelum ini ada banyak kes bila ada anak meninggalkan ibu mereka di rumah orang tua, meletakkan ibunya di tepi jalanan dan tinggal di kaki lima. Ada pula ibu yang dibiarkan keseorangan tanpa makan minum.

Di Guangxi , nasib seorang ibu tua yang berumur lebih dari 90 tahun telah mengetuk pintu simpati ramai orang apabila dia yang di kenali dengan nama Yang telah di kurung oleh anaknya sendiri dan menantunya.

Puan Yang di katakan di kurung di dalam sebuah tempat yang tidak selesa untuk di jadikan tempat tinggal. Dia juga di lihat sangat kurus dan tidak bermaya ketika di jumpai oleh pihak berkuasa.

Dalam satu rakaman video yang berdurasi 1 minit lebih ini, Puan Yang di lihat terkurung dalam satu tempat seperti sebuah penjara kecil. Di dalamnya tidak ada apa yang istimewa melainkan ada satu meja kecil yang sudah usang untuk dirinya.

Ketika di temui, dia menceritakan tentang apa terjadi kepadanya kepada pihak berkuasa. Puan Yang juga dikatakan telah dikurung di situ sudah bertahun-tahun. Dia diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Anak dan menantunya juga di tahan polis kerana melakukan jenayah penganiayaan kepada orang tua tersebut.

Sharing is caring!