(Gambar) Unik, Patung Barbie Pertama Terinspirasi Dari Wanita Gemuk…

Sharing is caring!


 

Model terkenal, Ashley Graham boleh dianggap sebagai wanita yang penuh dengan inspirasi kerana tidak menjadikan alasan tubuh gempal sebagai penghalangnya. Malah dia menjadikan tubuhnya sebagai satu keistimewaan sehingga meraih gelaran supermodel.


Wanita ini yang menjadi aktivis bagi mengubah persepti negatif masyarakat tentang orang yang berbadan gempal telah membuka mata dan menggerakkan industri fesyen dalam menetapkan standard dan definisi kecantikan yang baharu.


Disebabkan itu, terhasillah patung Barbie yang menjadikan tubuh dan wajahnya sebagai inspirasi.


Model patung Barbie tersebut dikeluarkan jenama terkenal Mattel dan dilancarkan dalam Glamour’s Women Awards tahun ini. Mattel telah mengambil inisiatif ini kerana menganggap Ashley sebagai satu pengaruh besar untuk wanita zaman moden.



Syarikat pengeluar patung itu juga telah melancarkan boneka Barbie dalam pelbagai bentuk tubuh dan warna kulit. Apa yang luar biasa, ianya mendapat sambutan positif dari banyak pihak.

“Semasa meningkat dewasa, saya selalu fikir yang Barbie adalah sesuatu yang sangat sempurna dan sedikit pun diri saya tidak sama dengannya,” kata Ashley kepada The Huffington Post.



Walau bagaimanapun, wanita ini beranggapan tidak memiliki susuk tubuh yang sempurna tidak sepatutnya dipandang secara negatif bahkan hal ini patut dibanggakan.


Bertuah betul Ashley sehingga diangkat menjadi wajah untuk keluaran patung Barbie yang baharu. Seharusnya wanita di luar sana menjadikan wanita ini sebagai idola.


Jangan pernah malu dengan ketidaksempurnaan diri anda, sebaliknya menggunakannya ke arah yang lebih baik, okay? 

Sumber : Forum CARI

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *