Korang Boleh Dapatkan Lesen Dan Sijil ‘Ninja Bertauliah’ Dengan Hanya RM112 Di Jepun…

Sharing is caring!

Ada tak antara orang Malaysia yang teringin hendak bergelar seorang ‘ninja’ bertauliah? Bukannya hanya sekadar seorang ninja yang baca komik? Ini peluang untuk jadi ninja sebenar yang diakui sendiri oleh persatuan ninja.

Setiap tahun semenjak 2008, Persatuan Ninja Koga Ryu akan menganjurkan Koga Ryu Ninja Kantei atau Koga-style Ninja Exam bagi melatih ninja-ninja generasi baru dan peperiksaan terakhir baharu saja selesai pada 22 Oktober 2017.

Peperiksaan tersebut telahpun diadakan buat pertama kalinya di Tokyo, selepas hampir 10 tahun dianjurkan di daerah Koka dan Kuil Zojoji yang terletak di bahagian Minato, telah terpilih sebagai tuan rumah.

Kuil Zojoji mempunyai sejarah panjang dengan zaman shogun Tokugawa serta zaman perang antara negeri di Jepun atau Warring States 1467-1603, apabila Ieyasu Tokugawa, pengasas zaman shogun melarikan diri dengan bantuan ninja-ninja dari suku Koka dan Iga.

latihan ninja

Ilmu ninja atau ‘ninjutsu’ mempunyai tiga bahagian penting – pengintipan, sabotaj dan pembunuhan namun bukan semua perkara itu akan dinilai dalam ujian Koga Ryu Ninja Kantei ini. Ujian yang dijalankan hanyalah sebagai salah satu bentuk tarikan pelancong ke sana.

Para peserta ujian akan diberikan 50 soalan objektif serta akan diuji kemahiran membaling shuriken, sejenis senjata diperbuat daripada besi berbentuk bintang. Soalannya pula berkisar kepada sejarah Koga Ryu dari abad ke 15 hingga 16 serta pengetahuan peserta tentang buku dan komik ninja.

peperiksaan ninja

Bagi mereka yang berminat dengan ujian tahap seterusnya, semenjak tahun 2009, ujian tahap pertengahan diwujudkan dan ujian tahap tinggi diperkenalkan pada tahun 2014.

Namun ujiannya bukanlah melatih seseorang itu menjadi ninja sebenar seperti yang kita tengok dalam TV. Mereka yang layak, akan diuji dalam ujian menulis karangan tentang topik berkaitan Koga Ryu. Mereka yang lulus akan diberikan ‘lesen ninja’ serta sijil untuk mengesahkan individu yang telah lulus ujian-ujian ini.

tokong zozoji tokyo

Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan ini dibuka sepanjang tahun melalui Koga City Tourism Association dengan bayaran sebanyak RM112, satu harga yang kecil bila dibandingkan dengan memiliki lesen mengesahkan kita adalah ninja bertauliah.

Harus diberitahu, jika anda menghadiri peperiksaan ini dengan berpakaian ala ninja, akan mendapat 5 markah tambahan. Kami tak pasti syarat itu terpakai juga jika kita berpakaian ala mana-mana watak dalam siri komik Naruto.

Sumber : Illuminasi.com

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *