Kisah Hidup Pemain Badminton No. 1 Malaysia Bakal Difilemkan…Dedah Rahsia Bagaimana Lee Chong Wei Menjadi Pemain Badminton Yang Hebat!

Sharing is caring!

filem lee chong wei jadi inspirasi

Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei mahu filem yang diangkat daripada kisah hidupnya menjadi pemangkin semangat penonton untuk mendekati sukan badminton.

Berjudul Lee Chong Wei, filem arahan Tee Beng ini berkisar pahit manis yang dilalui atlet tersebut dalam mencipta nama di persada dunia.

“Saya rasa sangat teruja kerana kisah saya bakal diceritakan dalam bentuk filem. Naskah ini bakal muncul pada tahun hadapan.

“Saya ingin filem ini menjadi kisah inspirasi untuk semua rakyat Malaysia. Semoga filem ini dapat mencetus semangat ramai pihak untuk mereka terlibat dengan sukan badminton,” kata Chong Wei memetik portal¬†Astro Gempak.

Mengulas mengenai pemilihan pelakon yang memegang wataknya, Chong Wei memberitahu, dia turut terlibat dalam sesi pemilihan.

“Dua orang pelakon baru, Jake Eng dan Tosh Chan membawa watak saya ketika kanak-kanak dan remaja. Saya juga berpeluang untuk turut serta semasa beberapa sesi uji bakat diadakan,” katanya.

Menurut Chong Wei, dia berpuas hati dengan pelakon yang terpilih kerana menepati kriteria yang diperlukan.

Related image

“Mereka kelihatan bersungguh-sungguh dan apa yang penting, mereka boleh bermain badminton dengan baik,” katanya lagi.

Filem terbitan CB Pictures ini juga bakal ditayangkan di peringkat antarabangsa.

Tayangan disasar ke beberapa negara, antaranya Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Singapura.

Sumber berita: Astro Gempak

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *