Orang Kata Korang Berbau? Ini Cara Untuk Peka Dengan Bau Badan Sendiri, Tanpa Cium Ketiak…

Sharing is caring!

Bau badan ibarat musuh yang harus diperangi, tidak kiralah bagi lelaki mahupun wanita. Ini kerana bau badan boleh membuatkan keyakinan diri jatuh menjunam.


Namun, yang menjadi masalahnya, apabila ramai orang yang tidak menyedari badannya sedang berbau kurang menyenangkan. Akibatnya, ramai yang tidak berasa senang berada dekat dengan golongan ini dan paling tidak pun, menjadi buah mulut di kalangan rakan-rakan. 


Masalah ini sebenarnya berpunca daripada diri sendiri anda yang kurang peka atau sensitifterhadap bau badan. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba tips yang disyorkan menerusi laman Good Housekeeping. 


Bagi menajamkan kembali deria bau agar lebih sensitif dengan bau badan sendiri, apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan kopi. 

1. Ciumlah bauan kopi daripada biji atau pun serbuk kopi di dapur anda. 

2. Selepas beberapa saat, cuba bau pada badan anda. 


Ketika inilah, deria bau anda lebih sensitif dengan bau badan yang selama ini mungkin anda tidak sedari. Lakukan beberapa minggu rutin ini dan akhirnya anda akan terbiasa dengan bau badan sendiri.


Natijahnya, pastilah anda lebih peka jika badan mula mengeluarkan bau kurang enak. Ini akhirnya dapat mengelak anda daripada jadi buah mulut orang sekeliling dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri! 

Sumber : Forum CARI

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *