Kegagalan Daftar Kelahiran Anak Dalam Tempoh 60 Hari, Ibu Bapa Akan Dikenakan Penalti RM1,000…

Sharing is caring!

Sebelum ini, kadar denda yang dikenakan bagi kelewatan pendaftaran kelahiran bayi di Malaysia adalah RM50 dan kini telah meningkat kepada RM1,000.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed dalam laporan oleh Bernama, pelaksanaan penalti tersebut akan dilakukan dalam kadar segera.

“Hal ini adalah bagi menggalakkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka secepat mungkin. Jika mereka terlewat mendaftar kelahiran (60 hari selepas bayi dilahirkan), maka ibu bapa harus membayar denda RM1,000”.

Tambah beliau, “Pihak kerajaan telah mengambil keputusan ini (untuk meningkatkan kadar penalti) setelah pemindaan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Akta 299) diluluskan tahun lalu oleh Dewan Rakyat. Dengan ini, semua kelahiran sama ada anak sah taraf atau luar nikah harus didaftarkan dalam tempoh 60 hari”.

Malah, kerajaan turut melanjutkan tempoh pendaftaran bagi lewat kelahiran kepada 60 hari berbanding 42 hari sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan langkah tersebut diambil bukan bertujuan untuk mengutip hasil tetapi sebaliknya ingin menggalakkan ibu bapa untuk mempercepatkan pendaftaran kelahiran anak.

Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak tersebut membesar. Antaranya kesukaran untuk mendaftar MyKid serta persekolahan anak.

Sumber : Era Baru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *