PELIK-PELIK ORANG DULU…CUBA KORANG TENGOK 9 PERKARA YANG MEREKA LAKUKAN TETAPI BAGI MEREKA IANYA PERKARA BIASA…

Sharing is caring!

Jika anda fikir manusia zaman sekarang sering melakukan sesuatu yang pelik, anda patut lihat semula ke zaman dahulu di mana mereka ketika itu melakukan sesuatu yang lebih luar biasa. Tetapi perbuatan mereka tersebut tidak menjadi suatu kesalahan dan dibenarkan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang menakutkan dilakukan manusia zaman dahulu namun dianggap sebagai normal.
Perubatan menggunakan kokain(dadah)
perubatan kokain

Hanya kira-kira 100 tahun dahulu, penggunaan kokain dianggap tidak memudaratkan. Penjualan dadah adalah dibenarkan tanpa sebarang sekatan. Sama seperti kebanyakan dadah untuk perubatan yang lain, kokain diiklankan secara meluas.
Kanak-kanak boleh dihantar melalui pos
penghantaran bayi

Pada hari ini ia pasti dinggap sesuatu yang melucukan, tetapi pada permulaan abad ke-20, rakyat Amerika boleh menghantar anak-anak mereka melalui pos dan dibenarkan oleh undang-undang. Kos untuk servis tersebut adalah sekitar 15 sen dengan berat kanak-kanak tersebut tidak lebih dari had yang ditetapkan. Ibu bapa di sana melakukan perkara ini apabila mereka mahu menjimatkan wang dengan menghantar anak-anak mereka kepada saudara-mara.

Kaedah rawatan yang lebih memudaratkan
kaedah perubatan aneh

Pada masa lalu doktor tidak berpengetahuan tentang pembasmian kuman dan menggunakan kaedah rawatan yang sangat pelik sebagai penyelesaian. Pernahkah anda mendengar tentang pemotongan lidah terhadap orang gagap, lobotomi dan rawatan kejutan elektrik? Malah beberapa doktor yang paling berjaya seperti Lewis Sayre, pakar bedah ortopedik (di dalam gambar dengan pesakit di atas), melakukan banyak operasi yang berakhir dengan kematian.
Permainan radioaktif untuk kanak-kanak
permainan atom 862

Sekitar 1950-an, radiasi diklasifikasikan sebagai tidak merbahaya dan anak-kanak bermain permainan mengandungi atom seperti yang ditunjuk di dalam gambar yang mengandungi polonium dan uranium dalam jumlah yang kecil.
Zoo manusia berkulit gelap
zoo manusia

Zoo manusia agak popular suatu ketika dahulu. Tujuan mereka adalah untuk mempamerkan orang Asia dan Afrika dan menjelaskan tentang teori Darwin. Hiburan yang memalukan ini wujud untuk tempoh yang agak lama. Gambar di atas menunjukkan suasana zoo manusia di Belgium pada 1958.
Lawatan Hiburan ke Hospital Pesakit Mental
hospital mental

Pesakit di hospital psikiatri telah dilayan dengan agak dahsyat pada masa lalu. Mereka jarang diberi makan walaupun keluarga mereka membayar untuk kemudahan mereka. Pemilik tempat tersebut sangat tamak sehingga mereka sanggup membenarkan pengunjung untuk melihat orang-orang yang malang ini dan juga mencucuk-cucuk mereka dengan kayu, jika mereka membayar dengan jumlah wang yang tertentu.
Sangkar luar bangunan untuk bayi
sangkar bayi

Sekitar tahun 1930-an, manusia di zaman itu telah mencipta sangkar kawat dan ia agak popular di kalangan keluarga-keluarga British. Dengan bantuan ciptaan yang merbahaya ini, membolehkan anak-anak untuk menghirup udara segar sementara ibu mereka sibuk dengan kerja-kerja rumah. Sukar dipercayai namun sangkar itu dianggap selamat. Apa yang difikirkan oleh ibu bapa di zaman itu?
Koleksi tulang manusia
tengkorak jepun

Hanya orang kurang siuman sahaja yang mengumpul bahagian tubuh manusia sebagai koleksi pada masa kini. Tetapi ia hanyalah satu hobi biasa yang tidak menimbulkan sebarang tanggapan negatif pada masa lalu. Orang lelaki yang bereputasi tinggi mempunyai bilik-bilik pengumpulan sendiri di rumah mereka. Malah tentera juga pernah membawa pulang tengkorak musuh mereka. Dalam gambar ini, seorang pelaut Amerika semasa Perang Dunia Kedua, dilihat bersama tengkorak seorang askar Jepun.

Rokok untuk ibu mengandung
merokok ketika mengandung

Merokok dilarang dalam pelbagai cara pada masa kini. Tetapi pada 70 tahun yang lalu, doktor di Amerika mencadangkan wanita hamil untuk merokok bagi menyingkirkan sembelit. Jadi seorang wanita yang baru melahirkan bayi tidak dilarang untuk merokok di hospital. Sesuatu yang menakutkan jika kaedah perubatan sedemikian masih dipraktikkan.

Sumber : Illuminasi.com

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *