Murid Darjah 2 Diminta Menjawab Soalan Sains Seperti Gambar Ini…Komen Guru Besar Ini Membuatkan Netizen Tertanya-tanya…

Sharing is caring!

Selaras dengan perkembangan minda kanak-kanak zaman ini, para pelajar sekolah rendah harus berhadapan dengan pelbagai soalan yang mencabar. Jika anda lihat buku latihan pelajar sekolah rendah zaman ini dan bandingkannya dengan waktu anda dahulu, pasti anda dapat lihat perubahannya.

Ada sesetengah soalan yang begitu mencabar sehinggakan orang dewasa juga mengalami kesukaran untuk menyelesaikan soalan berkenaan!

Antara soalan yang menyebabkan anda semua kusut memikirkan jawapan yang tepat adalah soalan daripada buku teks Sains bagi pelajar Darjah Dua.

Rumit sungguh soalan ini bukan? Memandangkan soalan berkenaan begitu menduga pemikiran, ia telah menarik perhatian pihak media sosial dan juga berita tempatan.

Antara soalan yang diutarakan oleh netizen adalah, bagaimana guru menentukan sama ada jawapan yang diberikan oleh pelajar adalah jawapan yang betul? Hal ini kerana guru sendiri tidak mempunyai jawapan yang tepat berkenaan soalan tersebut. Soalan ini sangat subjektif dan boleh mempunyai pelbagai jenis jawapan.

Memandangkan ramai yang keliru dengan soalan tersebut, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Besar Malaysia, Wong Shee Fatt telah memberikan penerangan terperinci tentang mengapa soalan sedemikian diajukan di dalam buku teks.

Menurut Wong, objektif soalan tersebut adalah untuk meningkatkan kreativiti para pelajar. Dengan ini, pelajar berpeluang untuk melukis apa sahaja yang berada dalam pemikiran mereka dan mengikut imaginasi masing-masing.

Di samping itu, Wong turut memaklumkan bahawa soalan ini dibina dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid belajar mengenai genetik melalui kaedah yang lebih menarik dan menyeronokkan.

Tambah Wong lagi, selain memerlukan kemahiran berfikir secara kritikal, pendidikan moden juga menekankan kepada keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif.

Misalnya, gambar wajah kanak-kanak di dalam soalan tidak semestinya perlu menyerupai ibu bapa sahaja, lukisan tersebut mungkin boleh menyerupai datuk dan neneknya. Oleh demikian, kesemua jawapan yang diberikan pelajar adalah diterima.

Inilah keindahan pendidikan genetik dan soalan seperti itu juga akan mencabar kemampuan guru untuk membimbing murid-murid.

Apa pula pendapat anda mengenai jenis soalan seperti ini? Bagaimana agaknya lukisan wajah anak itu jika anda diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut? Kongsikannya kepada rakan-rakan dan ahli keluarga di Facebook dan berikan pendapat anda!

Sumber : Era Baru

———————————————————————————————————————————————–

BONUS : LAGI KISAH MENARIK MENGENAI PENDIDIKAN NEGARA KITA…

Ramai Netizen Mula Terfikir “Apa nilai belajar 6-7 tahun? Lepas habis belajar, menganggur, baik buat produk jual lagi untung”, Tetapi Kata-Kata Gadis Ini Membuatkan Mereka Terkedu…

Timbul perdebatan di media sosial berikutan viralnya artikel ditulis oleh Hidayat Hasni Isa, akan nilai ilmu yang dipelajari selama 6-7 tahun, namun menganggur selepas habis belajar.

Image result for mahasiswa

Memetik usaha seorang jutawan kosmetik popular sebagai contoh, beliau tidak menggalakkan anak-anak muda mengikut jejak langkah seperti itu, sebaliknya menjadikan Imam As-Syafie, Imam Ahmad dan Imam Bukhari sebagai contoh di mana ilmu-ilmu mereka dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

P***** satu botol, RM160. Usahawan berkenaan kata dia boleh jual sebulan, 100,000 unit. Boleh kira sendiri hasil jualan. (RM16,000.000).

Dalam Instagram, ada video dia dakwa makan P***** boleh sihat. tulang patah boleh sambung, jalan elok balik. Bila aku fikir semula, apa sebenarnya nilai ilmu? Apa nilai kau belajar 6-7 tahun? Selepas habis belajar, menganggur lagi. Dah jadi doktor, pesakit tak nak ikut nasihat, kena maki, kena komplen. Dimalukan.

“Baik buat produk merapu, jual, lagi untung.”

Image result for jutawan

Tetapi itulah kawan-kawan, nilai ilmu bukan pada duit. Kau nak sambung belajar, banyak duit yang mengalir keluar, bukan mengalir masuk. Hari ini orang kurang cerdik tak ada ilmu boleh jadi kaya sebab mempopularkan diri dengan cara yang tak malu. Kau buat muka selenga lawak kurang cerdik dalam Instagram, banyak viewers, boleh buat paid review masuk ribu riban.

Yang menuntut ilmu kena ikat perut, jimat duit, bayar macam-macam. Selepas dapat PhD, kena pertahankan ilmu dan kebenaran yang kita junjung itu. Ada risiko kena pulau, kena maki, kena tangkap, dihalang bercakap.

Imam As-Syafie pergi kembara beribu batu, banyak menghabiskan harta untuk ilmu. Imam Ahmad siap kena penjara. Imam Bukhari kena buang emas yang dia ada ke dalam laut.

Tetapi tengoklah legasi yang diwariskan. Sampai hari ini kita kenal nama-nama ini. Termasuklah ilmu lain, para ilmuan yang mempelopori ciptaan, inovasi dan penemuan. Sampai ke hari ini manfaat itu boleh dirasai.

Dan orang-orang yang memperbodohkan diri mereka? Selamat ditelan masa.

Jadi ini pesan kepada adik-adik yang baru bergraduasi. Akan ada ketika nilai ilmu itu akan dicabar dengan harta. Peganglah ilmu betul-betul sebab ilmu itu khazanah yang lagi hebat dari harta. Ilmu boleh bagi pada semua orang, bersambung pula selepas mati.

Harta yang kita kumpul, bila mati, kekal di atas bumi.

Sumber: Hidayat Hasni Isa via The Reporter

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *