(Gambar) Sari Yanti Bertambah Cantik Bersama-sama Anak-Anaknya Yang Comel…Manjanya Jep Dengan Mereka!

Sharing is caring!

Sari Yanti kini sudah bergelar isteri kepada pelawak terkenal Jep Sepahtu

Sebelum ini, SariYanti pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Mohd Edi namun jodohnya tidak panjang dan telah bercerai.

Mereka akhirnya disahkan bercerai setelah 3 tahun berkahwin.
Pelakon Sari Yanti merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Anak lelakinya yang sulung bernama Barr Al Aly berusia 7 tahun manakala yang kedua bernama Basit Al-Haq kini berumur 5 tahun.

Ini gambar terkini anak-anak Sari Yanti yang ramai tak pernah lihat lagi.
Memang comel anak-anaknya ni.

Jom layan:

Baru-baru ini, Jep Sepahtu menyampaikan khabar berita dimana isterinya, Sari Yanti kini sudah berhijab sepenuhnya. Berita tersebut mendapat reaksi yang positif daripada peminat yang turut mendoakan Sari Yanti terus beristiqamah dalam penghijrahannya itu.

Sari Yanti juga menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik beberapa foto beliau mengenakan hijab. Foto beliau mendapat pujian netizen yang rata-rata memberikan komen Sari Yanti kelihatan lebih cantik berhijab.

    

Ermm, memang indah betul ciptaan Tuhan apatah lagi bila Sari Yanti menutup aurat sepenuhnya.

Memang beruntung Jep dapat isteri yang cantik. Semoga Sari Yanti diberikan kekuatan dan semangat untuk terus mengekalkan imejnya ini sehingga akhir hayat.

By himpunanmedia.com via rakanmedia

———————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH ARTIS YANG VIRAL UNTUK KORANG!!!

Awie Akan Terbitkan Filem Kisah Cintanya Dengan Erra Fazira…Ziana Zain Pun Akan Terlibat Sama? Wow!

KUALA LUMPUR, 26 Mei ― Penampilan istimewa penyanyi Ziana Zain tidak menjadi penghalang, malah boleh membongkar lagi kisah percintaan Awie dan Erra Fazira.

Demikian reaksi penyanyi rock itu yang sedang merancang menerbitkan filem kisah percintaannya bersama Erra, nama glamor Fazira Wan Chek.

“Tidak ada masalah jika kena pada terma dan syarat. Ziana banyak tahu tentang kisah cinta itu. Dia pun kadang-kadang menyaksikan apa yang berlaku.

“Mungkin dia juga boleh jadi pencerita,” kata Awie, penyanyi “Tragedi Oktober”, kepada ProjekMMO awal minggu ini.

erra

Ziana, nama popular Siti Roziana Zain, sebelum ini menyatakan minatnya untuk turut sama menjayakan filem tersebut jika menerima undangan.

Penyanyi “Madah Berhelah” juga pernah bergandingan dengan Awie dan Erra dalam filem arahan Datuk Yusof Haslam pada 1990-an. Di situlah cinta mereka berputik.

Erra_Fazira_1_620_465_100

“Saya berminat kalau ada tawaran. Jika jalan ceritanya baik, kenapa tidak?” katanya kepada ProjekMMO ketika ditemui awal bulan ini.

Ketika ditemui, Awie berkata bukan sahaja Ziana malah penyanyi Ning Baizura juga mungkin akan dipanggil menjayakan filem berkenaan.

“Ada filem yang kami lakonkan Ziana ada, begitu juga Ning Baizura. Kemungkinan mereka akan tampil dan dipanggil untuk memeriahkan penceritaan itu,” katanya.

Awie atau nama popularnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata filem tersebut masih dalam perbincangan dan dalam proses membina jalan cerita.

erra 2

Tambahnya, sebelum jalan cerita itu dapat dijadikan skrip, persetujuan pihak tertentu perlu diperolehi bagi memastikan cerita pihak-pihak lain mendapat kebenaran.

“Kami belum ada masa yang sesuai untuk berbincang sebab sekarang banyak benda yang kami kena ambil kira sebab Erra pernah bertemu jodoh dengan orang lain.

“Penceritaan jodoh itu pula, kita kena ambil kira sama ada pihak berkenaan benarkan atau tidak kisah ini dikeluarkan.

“Kami akan bincang bagaimana penceritaan itu disiarkan. Kalau kedua-dua belah pihak setuju maka ia akan diteruskan,” katanya.

Awie pernah menjalinkan cinta dengan Erra selepas membintangi filem “Sembilu”, terbitan Skop Productions, sebelum mengikat tali pertunangan pada 1996.

Bagaimanapun, tali pertunangan itu putus dan vokalis Wings menikahi penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998.

Filem utama yang menggandingkan Awie, Erra dan Ziana termasuklah “Sembilu”, “Maria Mariana” dan sekuel kedua-duanya.

Filem-filem ini mencipta kegemparan dalam industri tempatan waktu itu. “Sembilu” mendapat RM4.39 juta, sementara sekuelnya meraih RM6.1 juta. “Maria Mariana” mengutip RM4.72 juta dan sekuelnya pula RM3.2 juta.

Sumber : The Malaymail Online

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *