Jalani Pembedahan Plastik Kerana Kecacatan Muka. Setelah Diubah Muka, Ibunya Tidak Lagi Mengenalinya Kerana Terlalu Hensem!!!

Sharing is caring!

Pembedahan plastik seperti memancungkan hidung, membesarkan mata dan membetulkan struktur wajah adalah sejenis kaedah perubatan kecantikan yang bertujuan untuk menutup kecacatan.

Walaupun proses ini memakan kos yang tinggi selain meningkatkan pelbagai risiko merbahaya, masih ramai individu yang sanggup untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata ingin mendapatkan kecantikan yang diidamkan.

Di Korea Selatan dan Thailand misalnya, perkembangan sektor tersebut adalah sangat menggalakkan dan semakin giat dijalankan. Justeru, kita sering melihat rakyat Korea dan Thailand cantik serta kacak belaka. Namun, semua itu adalah palsu dan hanya dilakukan bagi menambah nilai komersil serta populariti mereka khususnya selebriti.

Malahan, berlaku satu kontroversi kira-kira tahun lalu apabila hampir semua peserta ratu cantik Korea Selatan dikatakan memiliki wajah yang sama.

Di Thailand pula, terdapat satu rancangan televisyen bertajuk Let Me In Thailand yang memaparkan kepada orang ramai tentang perubahan wajah dan hidup seseorang setelah melakukan pembedahan wajah.

Menurut Coconuts, Noppajit Monlin, 22 tahun yang merupakan pekerja kilang telah menjalani pembedahan plastik bagi mengubah penampilan wajahnya supaya kelihatan seperti jejaka Korea Selatan!

Noppajit dikatakan seringkali berasa rendah diri dan malu dengan wajahnya. Memandangkan dia mempunyai masalah rahang yang senget dan tidak seimbang, Noppajit mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan. Dengan rupa parasnya, dia juga sering memencilkan diri daripada rakan sekerja kerana berasa malu.

Oleh demikian, Noppajit telah lama menyimpan angan-angan untuk mengubah wajahnya. Dalam sesi pembedahan tersebut, doktor akan melakukan beberapa siri pembetulan wajah termasuklah membetulkan kedudukan rahangnya selain mengubah bahagian dahi dan kelopak mata Noppojit.

Di samping itu, Noppojit turut menerima suntikan botoks kelenjar air liur bagi mengurangkan masalah lelehan air liur serta rawatan kulit bagi membersihkan wajahnya.

Dalam tempoh tiga bulan, wajah baharu Nappojit akhirnya didedahkan kepada umum. Ternyata perubahan yang dialami begitu drastik sehinggakan ibu kandungnya sendiri tidak mampu mengecam anaknya.

“Mak, mak masih kenal saya? Lihat saya,” kata Noppojit kepada ibunya.

“Awak ke ini? Ini betul-betul awak?,” balas wanita dengan nada yang teresak-esak.

“Saya sangat rindukannya dan saya tidak berpura-pura,” tambah ibunya dengan wajah yang amat sedih.

Menurut laporan kajian serta penjelasan fatwa daripada beberapa negara Islam, pembedahan plastik dan suntikan botoks mengandungi bahan yang meragukan seperti najis dan khinzir. Justeru, ia boleh membawa kemudaratan kepada pengguna dalam jangka pendek mahupun panjang.

Bukan sahaja itu, bahaya botoks dan pembedahan plastik ini juga boleh mengakibatkan ketagihan dan individu akan terus-menerus melakukannya dengan harapan untuk kelihatan lebih cantik dan sempurna.

Anda boleh lihat apa yang terjadi kepada wajah Raja Pop dunia iaitu Michael Jackson. Pelik bukan? Itu semua adalah disebabkan oleh ketagihan terhadap pembedahan plastik. Malah, terdapat beberapa penggemar pembedahan plastik yang mengalami kecacatan alami setelah melakukan pembedahan plastik.

Ada yang kelihatan seperti watak kartun dan tidak kurang juga yang kelihatan amat menakutkan berbanding wajah asalnya.

Walau bagaimanapun dalam kes Noppojit, penampilan barunya ini membuatkan masyarakat mula menerima kewujudannya malah telah meningkatkan keyakinan diri untuk bersosial.

“Orang ramai mengatakan saya seperti orang yang lain. Saya rasa lebih baik. Sebelum ini, orang menyatakan wajah saya tidak normal dan masyarakat tidak menerima saya. Kini, saya mempunyai lebih ramai kawan.”

Walau apa jua keadaan, menurut kebanyakan kepercayaan, adalah tidak digalakkan untuk melakukan pembedahan plastik. Mengubah ciptaan asal bahagian tubuh manusia seperti yang dicipta oleh Tuhan dengan alasan untuk kelihatan cantik adalah dilarang keras.

Sumber : Era Baru

——————————————————————————————————————————————–

BONUS : LAGI KISAH MENGENAI KISAH MASYARAKAT YANG VIRAL UNTUK KORANG!!!

Ingat Lagi Anak Shah Rukh Khan dalam Filem Kabhi Kushi Kabhie Gham? Kini dah Meningkat Remaja. Kacak Habis


Tengok dulu sedutan video dia beberapa tahun yang lalu..

Di pertengahan tahun 90-an hingga 2000, filem Bollywood memang tengah menghantui jiwa rakyat Malaysia. Sebut saja Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein hingga Kal Ho Na Ho. Kebanyakan yang sukses besar adalah filem-filem yang dibintangi Shahrukh Khan dan Kajol. Nah ada salah satu filem yang kala itu yang menarik perhatian publik iaitu Kabhi Kushi Kabhie Gham.

Bagaimana tidak, semua bintang terkenal di industri filem Bollywood berkumpul semua di sana. Ada Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shahrukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan hingga Kareena Kapoor.

Salah satunya juga yang menarik adalah seorang yang pegang watak anak Shahrukh Khan dan Kajol yang bernama Krish, dlakonkan oleh Jibraan Khan. Wajah yang comel dengan gaya pertuturan yang pintar membuat ramai orang jatuh hati. Kini sudah 15 tahun berlalu, kini Jibraan sudah jadi pemuda dewasa yang kacak. Jom lihat transformasinya di bawah ini.

Ini lah Jibraan Khan yang dalam filem popular itu jadi anaknya Shahrukh Khan dan Kajol, comelkan?

 Lucu pula tengok wajah jejaka ini, memang sesuai jadi anaknya Shahrukh Khan.

Sekarang sudah dewasa seperti ini,wanita boleh rasa panas dingin macam ni.

 

 

 

Sekarang pun Jibraan masih aktif di dunia lakonan, tetapi masih belum popular dikalangan selebriti Bollywood. Semoga beliau terus sukses dalam dunia hiburan.

Sumber : Gondang Online via Media Hangat.com

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *