Korang Pakai Kereta Apa? 6 Billionaire Ini Hanya Memandu Kereta Murah Walaupun Mereka Antara Terkaya Di Dunia…

Sharing is caring!

Kereta adalah satu keperluan di zaman serba canggih ini. Dahulunya ia merupakan satu kemewahan, namun kini tidak lagi, melainkan anda mampu untuk membeli kereta mewah.

Bagi billionaire, tiada apa yang mustahil bagi mereka, apatah lagi untuk memiliki kereta bernilai jutaan ringgi. Tak perlu kita cakap mengenai billionaire, mereka yang bergelar jutawan, malah ada yang tidak sekalipun, memiliki kereta yang sangat mewah.

iluminasi.com ingin berkongsi 6 kereta yang dipandu oleh antara manusia paling kaya di dunia.
1. Steve Ballmer
steve ballmer

Steve Ballmer merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Microsoft di antara tahun 2000 hingga 2014. Graduan Universiti Harvard diambil bekerja dengan Microsoft selepas beliau tamat daripada pengajian oleh Bill Gates yang tidak tamatkan pengajiannya di Harvard.

Kini kekayaan Steve adalah sebanyak RM143 billion, dan mampu memiliki semua jenis kereta di atas muka bumi ini. Namun, beliau memilih untuk memandu kereta Ford, kerana bapanya merupakan bekas pengurus di Ford Motor Company.

steve ballmer dihadiahkan kereta ford

steve ballmer memandu ford fusion hybrid

Pada tahun 2009, bagi meraikan kejayaan Ford mencapai kenderaan ke sejuta yang dilengkapi dengan SYNC (sistem komunikasi dan hiburan dalam kereta), CEO Ford ketika itu telah menghadiahkan Steve sebuah kereta Ford Fusion Hybrid.

Kereta mesra alam tersebut berharga RM117,600 dan masih dipandu Steve sehingga hari ini.
2. Warren Buffett
warren buffet

Siapa tak kenal manusia ke-2 terkaya di dunia ini. Warren Buffet adalah CEO syarikat konglemerat Berkshire Hathaway. Memang tak dinafikan beliau sangat terkenal dengan sifat berjimat cermat.

Sangat cermat, sehinggakan beliau tak pernah membelanjakan wang lebih daripada USD3.17 (RM13.40) untuk sarapan.

rumah warren buffet

Sehingga kini, sudah 59 tahun Warren tinggal di rumahnya yang dibeli pada tahun 1958 dengan harga USD31,500 (RM133,000) ketika itu yang bersamaan RM1.09 juta hari ini.

cadillac dts milik warren buffet

Malah, pada tahun 2014, untuk menaiktaraf kereta yang dipandunya ketika itu iaitu Cadillac DTS selepas anaknya memberitahu bahawa kereta itu memalukan, Warren dilaporkan telah membeli sebuah kereta Cadillac XTS dengan harga RM190,000.
3. Ingvar Kamprad
ingvar kamprad

Anda suka makan meatball di Ikea? Kereta apa yang anda pandu untuk ke Ikea Cheras atau Damansara? BMW? Mercedes? Ferrari? Maka anda lebih hebat daripada pengasas Ikea sendiri iaitu Ingvar Kamprad.

Ingvar adalah seperti beberapa billionaire lain, seorang yang tidak suka membelanjakan wangnya pada sesuatu yang tidak diperlukan, walaupun ia tidak mahal, dan tak menjejaskan kekayaannya. Beliau mendakwa hanya menggunting rambut apabila beliau berada di negara membangun, semata-mata untuk berjimat.

rumah ingvar kamprad

Walaupun Ikea menjual barang perabut rumah yang mewah, namun pengasasnya masih tinggal di banglo yang serba sederhana. Beliau juga makan di Ikea sendiri, dan berbelanja di pasar tempatan.

Pada tahun 2014, wartawan The Telegraph bahawa Ingvar memberitahu televisyen dengan berkata, “Kalau anda lihat pada saya sekarang, saya rasa tak ada satu pun apa yang saya pakai ini yang tak dibeli di pasar karat,”.

kereta yang dipandu oleh ingvar kamprad

Dan kereta pilihan individu dengan kekayaan RM196 billion ini adalah kereta Volvo 240 GL 1993 yang berharga RM92,400 ketika dibeli dan mungkin RM5,000 pada hari ini. Namun Ingvar telah melepaskan kereta kesayangannya itu selepas dipujuk kerana kereta tersebut dikatakan sangat berbahaya bagi usianya yang kini menjangkau 91 tahun.
4. Alice Walton
alice walton pewaris walmart

Alice Walton adalah anak kepada Sam Walton, pengasas syarikat paling kaya di dunia iaitu Walmart.

Ketika ini, dengan kekayaan RM171 billion, Alice Walton adalah wanita paling kaya atas muka bumi selepas kematian Liliane Bettencourt pada 21 September 2017.

kereta wanita paling kaya di dunia

Dan kereta yang menjadi pilihan wanita terkaya di dunia ini adalah Ford F-150 200, yang dianggarkan berharga RM168,000. Bapanya, Sam Walton juga memandu kereta sederhana iaitu kereta versi yang sama tahun 1979, sehinggalah kematiannya pada tahun 1992.
5. Mark Zuckerberg
mark zuckerberg dalam kereta murahnya

Dengan kekayaan RM300 billion ketika ini, bukan sahaja kereta, malah Mark mampu untuk membeli kapal terbang dan memandu di atas jala raya. Namun, umum tahu bahawa Mark bukanlah seorang yang suka membazir, dan hanya membeli apa yang perlu.

Mark sering dilihat memandu kereta Acura TSX berwarna hitam yang dianggarkan berharga RM126,000. Selain itu, CEO Facebook ini juga dilaporkan mempunyai sebuah kereta Volkswagen GTI dengan harga hampir sama dengan Acura TSX.

acura tsx 605

Mark memberitahu beliau memilih kereta tersebut kerana ia selamat, selesa dan tidak menarik perhatian.
6. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
tan sri syed mokhtar albukhary

Siapa tak kenal dengan hartawan ini. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Beliau merupakan salah seorang manusia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak RM7.6 billion pada tahun 2017.

Menurut sumber, kini Tan Sri Mokhtar hanya memandu Proton Perdana.

proton perdana
Kredit : Paultan.org
Beliau pernah memberitahu, “Gaya hidup ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta Nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana,”.

Rujukan :

1. CNBC

2. Telegraph

3. The Guardian

4. Reuters

5. Business Insider

6. Daily Mail

Sumber : Illuminasi.com

——————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH PERNIAGAAN YANG MENARIK UNTUK KORANG!!!

“Ramai Yang Terdesak Sangat Hendak Jadi Kaya…”, Pendedahan Pakar Motivasi Ini Tentang MLM.

Kaya itu satu impian, bagaimana caranya adalah satu persoalan. Ada yang memberi jalan jawapan yang singkat dan ada pula memberi jalan yang perlu diredahi dengan keringat, semangat dan kesabaran. 


Bicara saya untuk kali ini lebih menyentuh kepada peluang-peluang perniagaan, pelaburan mahupun pelbagai bentuk program untuk menjadi kaya yang semakin rancak di negara kita. Seingat saya, ada ketika dalam tempoh yang agak lama, program Multi Level Marketing atau lebih dikenali dengan singkatan MLM menjadi trend sumber ramai menjadi kaya dengan pantas dan ramai juga menjadi papa sekelip mata. Ada orang menggelarnya dengan pelbagai sindiran nama seperti ‘Meeting Larut Malam’ atau ‘Menipu Larut Malam’.


Biarpun beratus sistem yang diperkenalkan, namun, kebanyakannya mempunyai rentak dan gaya yang sama iaitu produk utama bukanlah menjadi tarikan tetapi Pelan Pemasaran yang melibatkan bermacam bonus seperti bonus introducer, bonus matching, leadership bonus dan sebagainya yang menjadikan sistem ini lebih rancak dan pantas berkembang. 


Jadi, skrip seorang leader sesebuah sistem selalunya mempunyai skrip yang hampir serupa biarpun berlainan syarikat. Skrip ini ditentukan mengikut tahap kejayaan  mereka. Jom kita kaji skrip-skrip mereka yang biasa digunakan yang berkecimpungan dalam bidang MLM ini. (Bukan semua macam ini ye) 


Baru terlibat:
(1) “Sampai bila KITA nak makan gaji bro, aku tengak pelan pemasaran business ini gempak dan senang buat duit bro.”
(2) “kawan aku baru join 3 bulan dan beli kereta Myvi cash bro. Kalau dia boleh buat, takkan kita tak boleh buat lebih lagi.”


Telah mendapat untung :
(1) “Ko tengok bro, aku baru join 3 bulan, aku dah boleh bantu keluarga aku. Baru ini aku hantar mak aku pergi Umrah. Kalau aku kerja sebelum ini, memang takkan lah. Aku kalau boleh nak kita sama-sama berjaya. Kita buat sama-sama”
(2) “Aku taknak citer untung besar-besar, aku tunjukkan statement aku dapat sepanjang buat benda ni. Aku nak tolong kau je bro”


Leader berjaya:
(1) “Terpulang kepada kau, aku cuma kongsikan je. Ko join ke tak, aku tak rugi pun, aku akan terus bergerak ke depan.”
(2) “Ko kritik ke, tanya macam tak percaya ke, aku tetap bawak BMW aku, kau?”


Tidaklah semua yang  terlibat seperti skrip di atas, namun, selalu juga konsep dan maksud seperti di atas menjadi ayat pancingan. Pun begitu, saya secara personal percaya, sekiranya kita bercakap “aku malas lah nak cari-cari orang ni”, mereka akan mempunyai skrip jawapan balas yang sama iaitu ;


“Bro, kalau kau berniaga produk, kau cari pembeli tak?”
“Kau ada business, kau nak cari job, kau cari orang tak?”


Persoalannya sekarang, adakah MLM, bentuk Skim Pelaburan tertentu sesuatu yang perlu kita ceburi dan akan memperolehi keuntungan? Bagi saya secara peribadi, sebarang bentuk MLM yang biasa kita dengar, tidak kiralah apa jua Pelan Pemasaran yang diperkenalkan seperti sistem binary, sistem matahari dan pelbagai lagi, minta dijauhi kerana kebarangkalian untuk sistem ini menjadi tepu diakhirnya adalah tinggi. 


Banyak fakta telah terbukti sebelum ini biarpun ianya diperkenalkan oleh syarikat yang hebat dan telah lebih 20 tahun dalam perniagaan, namun, apabila ianya bernyawakan pencarian orang maka risikonya besar. Anda mungkin perolehi kekayaan besar hasil ‘downline’ yang ramai, namun, bagaimana pula downline anda?


Untuk skim pelaburan, saya lebih sarankan anda berurusan dengan badan-badan yang diperakui dan dijamin keselamatannya seperti bank-bank, syarikat-syarikat gergasi yang ada menawarkan lot saham untuk orang ramai dan mungkin pelaburan-pelaburan seperti emas, perak yang tidak berlandaskan sistem-sistem yang mencurigakan. 


Juga, jangan cepat terperdaya dan mudah terbayang kekayaan tanpa membuat kaji selidik tentang sebarang bentuk peluang perniagaan yang ditawarkan. 


Dan saranan terakhir saya, usah terlalu khusyuk mengejar kekayaan dunia, kerana akhirat akan tinggalkan kita, sebaliknya kejarlah akhirat, dunia akan kejar kita. 


Jadi, solat 5 waktu, usah ditinggalkan kerana asyik mencuba ‘close’ prospek, Solat sunat Dhuha lakukan untuk dimurahkan rezeki, amalkan zikir seperti Ya Aziz, Ya Fattah, Ya Razzak, Ya Basit, Ya Allah dan rajinlah tunduk layu dan berdoa kepada Yang Maha Esa memohon agar dijauhi kepapaan dan kemiskinan dan berdoalah agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah namun, dijauh perasaan sombong bongkak dan angkuh. Akhirnya, jadikan amalan bersedekah dan memberi makan hanya kerana Allah bukan kerana untuk memancing prospek dengan menjadi Penunggang Agama. 


Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat, Amin.

Sumber : Pakar Motivasi, Airol Irwan Limin via Forum CARI

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *