5 Haiwan Paling Banyak Sebabkan Kematian Manusia…Ianya Bukan Singa Atau Buaya!!! Tentu Korang Tak Sangka Haiwan No. 4 Ini…..

Sharing is caring!

Apabila kita bercerita mengenai kematian disebabkan haiwan, pasti dalam kepala kita akan terbayang haiwan-haiwan buas seperti singa atau ikan jerung yang menyebabkannya. Tetapi tahukah anda kebanyakan haiwan buas dan pemangsa sebenarnya hanya menyebabkan kadar kematian yang rendah setiap tahun.

Dalam senarai ini, kami kongsikan 5 haiwan paling banyak menyebabkan kadar kematian manusia dalam setahun dan kami perlu beritahu anda dulu, tempat ke 6 adalah buaya dengan 1,000 kematian setahun. Bagi kedudukan 5 teratas, tidak ada haiwan buas layak berada dalam kedudukan itu.

Apakah 5 haiwan yang menyebabkan paling banyak kematian manusia dalam setahun?
5. Cacing Ascariasis (2,500 kematian setahun)
ds00688 im04343 mcdc7 ascariasisthu ashx

Cacing ascariasis menyerang di negara di mana penyediaan sanitari makanan kurang dititik beratkan dengan dianggarkan sebanyak 10% daripada penduduk negara membangun mempunyai masalah ini. Manusia dijangkiti melalui makanan yang tercemar atau air yang mengandungi cacing ini. Bagaimana mereka membunuh? Apabila sudah terdapat dalam sistem perkumuhan manusia dan membiak, jumlah cacing yang ada akan menghalang salur organ daripada berfungsi, sehingga menyebabkan kematian.
4. Siput air tawar, serangga pembunuh dan lalat tsetse (10,000 kematian setahun)
siput air tawar 2

Siput air tawar menjadi pembawa kepada sejenis cacing yang bersifat parasit yang mampu menjangkitkan manusia dengan sejenis penyakit bernama schistosomiasis yang akan menyebabkan kesakitan pada bahagian perut serta pendarahan pada bahagian perkumuhan.

Lalat tsetse hidup di Afrika dan membawa parasit yang mampu menyebabkan penyakit yang digelarkan ‘sleeping sickness’ atau African trypanosomiasis, kebiasaannya berlaku di kawasan Sahara Afrika yang kurang membangun.

Serangga pembunuh atau assasin bugs pula menjadi pembawa kepada apa yang dinamakan sebagai ‘wabak chagas’ atau nama saintifiknya American trypanosomiasis. Banyak berlaku di sekitar negara-negara Amerika Latin, serta Sepanyol dan Amerika Syarikat dengan 14,400 bayi lahir sudah dihinggapi wabak tersebut ketika masih dalam rahim.
3. Anjing (35,000 kematian setahun)
anjing penyebab kematian

Anjing merupakan pembawa kuman rabies yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit. 99% kes kematian manusia berlaku disebabkan oleh kesan gigitan anjing yang membawa kuman tersebut. Satu-satunya cara untuk mencegah penyakit ini adalah dengan memvaksinkan anjing. Cuma siapa pula bertanggungjawab pada anjing liar?(rujukan)
2. Ular (100 ribu kematian setahun)
ular penyebab kematian

Hasil gigitan ular merupakan satu masalah global. Dengan kes gigitan ular dilaporkan sebanyak 5 juta kes setahun sehingga menyebabkan ramai kehilangan anggota badan, masalah paling ketara ketika ini adalah kekurangan anti bisa yang diperlukan untuk merawat pesakit. Pertubuhan ‘Doctors without Borders’ melaporkan bekalan anti bisa mereka akan kehabisan pada 2016 tanpa wujud bekalan baru yang mencukupi. (rujukan)
1. Nyamuk (750 ribu kematian setahun)
nyamuk banyak menyebabkan kematian

Nyamuk bertanggungjawab membunuh manusia paling ramai dalam setahun. Hanya dengan gigitan mereka, nyamuk yang sangat lemah adalah haiwan utama penyebab kematian manusia menerusi penyakit malaria atau demam denggi.

Sumber : Illuminasi.com

———————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH HAIWAN YANG MENARIK UNTUK KORANG!!!

10 Haiwan Yang Comel Tetapi Berbahaya! No. 2 Mesti Korang Tak Sangka Ianya Boleh Membunuh…

Sesungguhnya, kehadiran haiwan amat menyenangkan hati kita. Aksi mereka dapat membantu kita berasa gembira dan tenang. Namun, tidak semua haiwan yang comel ini tidak merbahaya.

Oleh itu, sebelum berlaku apa-apa, lihat dan pastikan dahulu adakah haiwan itu benar-benar selamat untuk didekati? Ayuh lihat senarai haiwan yang kelihatan comel tetapi agak berbahaya.

10. Anjing laut

© pexels.com

Haiwan ini kelihatan comel dan kita langsung tidak terfikir jika ia merupakan haiwan yang boleh membunuh manusia. Sudah terdapat beberapa kes serangan haiwan ini terhadap golongan penyelidik. Ia juga menunjukkan tingkah laku yang agak agresif. Salah satu makanan kegemarannya adalah penguin.

9. Panda

© pixabay.com

Sudah pasti kita amat sukakan panda. Ia kelihatan baik dan tenang sehinggakan ia menjadi simbol keamanan. Sungguhpun begitu, anda dinasihatkan agar tidak mencari nahas dengan panda. Jika anda melepasi sempadannya tanpa sengaja sehingga ia berasa terancam, ia dapat mencederakan anda. Sifat bak beruang sudah sebati dalam dirinya.

8. Angsa

© pixabay.com

Angsa adalah simbol kepada saat-saat romantis bersama tersayang. Kita sering kaitkannya dengan kisah cinta. Tetapi tahukah anda ia dapat mencederakan kita? Jika ia berasa terancam, ia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri mereka. Jadi, jangan beri mereka makanan yang tidak sedap ya!

7. Tenggiling

© pixabay.com

Jika kita lihat, ia kelihatan lembut dan seperti tidak akan cederakan manusia. Ia juga tidak mempunyai gigi langsung! Tetapi, perhatikan kukunya. Kukunya itu merupakan senjata untuk mengorek tanah bagi mencari makanan dan mempertahankan dirinya.

6. Tasmanian devil

© pixabay.com

Haiwan kecil ini agak popular kerana telah muncul dalam watak kartun. Bayangkan sahaja namanya telah menjelaskan keperibadiannya. Ia kelihatan lucu dan membuatkan kita tidak berasa terancam. Tetapi tunggu sehingga ia menunjukkan taringnya. Ia mampu membunuh manusia!

5. Gajah

© pixabay.com

Ia sememangnya terkenal sebagai haiwan terbesar di darat. Ia kelihatan naif dan baik. Namun, salah manusia juga kerana mengambil kesempatan terhadap gajah dengan mengambil gadingnya. Mungkin sebab itulah, kebelakangan ini banyak kes maut melibatkan gajah. Gajah juga merupakan haiwan yang bijak.

4. Ikan buntal

© pixabay.com

Ia merupakan salah satu ikan yang membawa maut. Pasti rata-rata daripada kita tahu akan ‘fugu’ iaitu makanan popular di Jepun yang terdiri daripada daging ikan ini. Hidangan fugu boleh membawa maut kerana mengandungi toksik. Jadi, jangan pernah mencubanya ya.

3. Katak ‘poison dart’

© pixabay.com

Sekali pandang, ia memang memiliki warna yang cantik dan berkilat. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis katak yang dikenali dengan tahap toksik yang berbeza. Yang paling berbahaya adalah katak bewarna emas. Ia dapat membunuh 10 orang dewasa jika menyentuhnya.

2. Ikan lumba-lumba

© pixabay.com

Mungkin ia memeranjatkan anda, tetapi itulah realitinya. Untuk makluman anda, ikan lumba-lumba jenis bottlenose merupakan spesies yang dapat membunuh tanpa sebarang sebab. Haiwan ini memang dikenal dengan akal yang pintar, yang sering disalah anggap oleh manusia bahawa ia tidak mampu membunuh.

http://www.businessinsider.com/dolphin-assisted-birth-is-dangerous-2013-5/?IR=T

1. Kongkang

Oh, lihatlah matanya. Comel sungguh! Tetapi, ia sebenarnya merupakan mamalia paling beracun di dunia! Jika ia menggigit manusia, maka individu tersebut akan mengalami kejutan anaphylactic – iaitu satu situasi yang sungguh berbahaya. Para saintis berkata serangan kongkang menyerupai serangan seekor ular tedung! Hati-hati.

Sumber : Era Baru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *