Ada Benjolan Pada Tangan Seperti Ini? Baik Berjumpa Dengan Pakar Sebelum Terlambat…

Sharing is caring!

Segelintir individu seringkali memandang enteng pada kesihatan diri sendiri. Kebanyakan manusia mengambil sikap acuh tak acuh dan menafikan tentang keadaan kesihatan masing-masing dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Misalnya, apabila timbul benjolan kecil pada bahagian tangan sama ada pergelangan tangan, jari ataupun tapak tangan, kita cenderung untuk berasa yakin bahawa puncanya adalah daripada gigitan serangga atau tekanan.

Namun, anda akan terkejut apabila mengetahui benjolan yang muncul di sekitar tangan ini boleh menjadi punca kepada gangguan penyakit yang serius!

Dalam dunia perubatan, keadaan sebegini disebut sebagai hygroma. Ianya merupakan satu keadaan di mana timbul benjolan di bahagian sendi atau tendon (jaringan penghubungan antara otot dengan tulang).

Dalam sesetengah kes, benjolan ini juga boleh timbul di bahagian tapak tangan atau pada ibu jari.

Antara faktor yang menyebabkan benjolan ini adalah:

Jaringan tulang yang lemah
Berlaku kecederaan, luka atau patah tulang yang masih belum sembuh
Sendi lemah dan berlaku radang pada pergelangan tangan
Menggunakan pergelangan tangan secara berulang dan terus menerus. Contohnya, memasak atau menjahit terlalu lama

Jika anda mengabaikan kewujudan benjolan ini, ianya berkemungkinan akan berubah menjadi ketumbuhan. Simptom-simptomnya adalah seperti berikut:

Sukar untuk menggerakkan sendi dan meregangkan jari
Warna kulit pada benjolan bertukar merah dan mengelupas
Sakit pada bahagian benjolan
Kulit benjolan dan kawasan sekitarnya menjadi sensitif

Walaupun ketumbuhan ini tidak berisiko untuk menjadi ketumbuhan yang mengganas, kita tetap tidak boleh mengabaikannya.

Sebaiknya, jika keadaan ini berlaku kepada anda, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Sumber: Teep via Era Baru

———————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH KESIHATAN YANG VIRAL UNTUK KORANG!!!

Kasihan…akibat minum air berkarbonat setiap hari dari kecil, dia menderita kencing manis dalam usia muda dan terpaksa melupakan alam persekolahan.

KETAGIHAN minum air berkarbonat setiap hari sejak kecil menyebabkan Mahathir Mohammad, 13, kini menderita kencing manis kronik sejak lima tahun lalu.

Malah, dia terpaksa mengensot untuk bergerak di dalam rumah berikutan kedua-dua kakinya berlubang akibat kudis disebabkan jangkitan kuman.

Kesukaran berjalan akibat tapak kaki berlubang kadangkala membengkak menyebabkan Mahathir terpaksa melupakan alam persekolahan dan tidak menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Mahathir yang tinggal bersama keluarganya di Taman Rimbunan Kasih, Serkam, berkata dia langsung tidak tahu kesan pengambilan air berkabonat secara kerap sejak kecil itu boleh menjejaskan kesihatannya.

“Saya suka minum minuman berkabonat sejak kecil. Rumah terletak berhampiran kedai runcit. Oleh itu, setiap hari saya akan beli pelbagai jenis air berkabonat. Tapi tak sangka akhirnya tabiat itu menyebabkan saya menderita kencing manis.

Pada mulanya tapak kaki luka kecil. Lama-kelamaan berlubang dan membengkak hingga bernanah,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, ibunya Zaliha Mohd Zabidi, 44, berkata, ketika usia 12 tahun kedua-dua kaki anak keempat daripada lima beradik itu hampir dipotong kerana doktor merawat Mahathir khuatir jika dibiarkan keadaan itu boleh menjejaskan kesihatannya.

“Selepas mendengar cadangan doktor itu saya rasa serba salah. Selepas berfikir panjang saya minta doktor tangguhkan dulu memotong kaki Mahathir.

“Tak sampai hati lihat dia yang membesar dengan anggota badan lengkap kehilangan kedua-dua kaki dalam sekelip mata.

“Saya dan keluarga kemudian ikhtiar pelbagai cara untuk mengawal jangkitan kuman daripada menjadi semakin serius. Kami bernasib baik kerana ditemukan dengan pakar dalam penyakit ini.

“Sejak menerima rawatan daripada doktor berkenaan tahap kencing manis dan lubang pada kaki Mahathir akibat jangkitan kuman dapat dikawal walaupun masih belum pulih sepenuhnya,” katanya.


Dia yang mengusahakan kebun, berkata jika mahu dibawa ke klinik untuk rawatan susulan Mahathir terpaksa menggunakan karusi roda atau memakai kasut khas bagi mengelak kaki terkena jangkitan kuman.

“Saya mahu melihat Mahathir sembuh dan dapat bersekolah seperti kawannya yang lain. Kalau ditakdirkan saya pergi dahulu dengan keadaan dia seperti itu, bagaimana nasibnya nanti? itulah perkara kerap saya fikirkan,” katanya.

Sementara itu, nasib remaja itu turut mendapat perhatian Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan.

Sumber : Harian Metro

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *