Bahasa Inggeris Penting Terutamanya Ketika Alam Pekerjaan. Ini 5 Cara Yang Mudah Untuk Cepat Kuasai Bahasa Inggeris…

Sharing is caring!

Bahasa Inggeris atau English merupakan bahasa antarabangsa yang berguna. Sekiranya mahu memohon kerja di Malaysia, keutamaan selalunya diberikan kepada mereka yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik, sama ada menulis ataupun bercakap.

Ketika melancong, kebanyakan negara asing lebih suka sekiranya pelancong boleh berbahasa dalam bahasa ibunda mereka, namun alternatif utama adalah bahasa Inggeris.

Menguasai bahasa Inggeris dilihat sebagai sesuatu yang sukar bagi kebanyakan kita, walaupun kita telah bertahun-tahun mempelajari bahasa ini. Adakah bahasa ini sememangnya susah untuk dipelajari, atau mentaliti kita yang menganggapnya susah untuk dikuasai? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

1. Kelilingi Diri Anda Dengan Bahasa Inggeris.

Anda tidak perlu berada di luar negara, di Australia, United Kingdom mahupun Amerika Syarikat untuk mempelajari bahasa Inggeris. Terdapat banyak cara untuk kelilingi diri anda dengan bahasa ini.

Contohnya, kerapkan mencari bahan bacaan Inggeris seperti surat khabar (The Star, New Strait Times, dan banyak lagi). Mula dengan bahan yang mudah untuk difahami.

surat khabar malaysia

Dengar radio Inggeris seperti Hitz.fm contohnya. Walaupun bahasa yang digunakan sedikit informal, tetapi inilah cara mudah untuk memperbaiki memahami pendengaran dalam bahasa ini. Selain itu, cuba dengar lagu-lagu English dan fahami liriknya, secara tidak lansung anda akan mempelajari cara menulis ayat yang berstruktur.

Sekiranya anda suka menulis dalam bahasa Melayu atau bahasa lain, cuba menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris. Mulakan dengan menulis ayat-ayat yang mudah, kemudian ubah kepada perenggan, dan akhirnya kepada sebuah topik.
2. Jangan Takut Untuk Berbahasa Inggeris, Jadilah Lebih Yakin.
keyakinan diri

Di Malaysia, kerap kali seseorang yang cuba untuk bercakap bahasa Inggeris diperlekehkan, seolah-olah cuba menunjuk bagus. Disebabkan hal ini, ramai hilang keyakinan untuk mencuba.

Untuk mengubah mentaliti dan persepsi masyarakat adalah sesuatu yang mustahil, yang tidak mustahil adalah mengubah persepsi diri sendiri. Membuat kesilapan adalah salah satu proses pembelajaran. Walaupun tidak yakin dengan grammar ketika bercakap, jangan takut untuk mencuba.

Mula dengan broken English, baiki secara perlahan-lahan, dan dengan konsisten.
3. Berkawan Dengan Mereka Yang Berbahasa Inggeris
berkawan dengan mereka berbahasa inggeris 529
Tidak dapat dinafikan di Malaysia, lebih ramai bangsa Cina dan India yang berbahasa Inggeris, berbanding dengan bangsa Melayu. Cuba untuk berkawan dengan mereka yang berbahasa Inggeris, tidak kira latar belakang mereka.

Di samping dapat mempelajari bahasa baru, anda turut dapat mengenali dan mendalami adat resam bangsa-bangsa lain. Malah, anda turut dapat kawan baru. Tidak rugi untuk berkawan. Hiraukan politik Malaysia yang dilihat cuba untuk memecahbelahkan keharmonian sesama bangsa Malaysia.
4. Belajar Melalui Google dan Youtube.
google dan youtube 44

Teknologi masa kini memudahkan proses pembelajaran. Kewujudan Google menyebabkan perkembangan ilmu dengan pantas. Kita selalu menggunakan Google untuk mencari penyelesaian untuk masalah seharian kita.

Mulai saat ini, apa kata bila kita Google, Google dalam bahasa Inggeris. Kalau tidak faham, boleh translate. Tapi, cuba untuk search dalam bahasa Inggeris dahulu. Anda pasti akan terkejut dengan proses pembelajaran secara tidak langsung ini.

Dengan Youtube, cuba search carian ‘How to Learn English’, ‘How to Improve My English’ dan yang berkaitan. Terdapat banyak video di mana ‘mat salleh’ atau ‘minah salleh’ yang mengajar bagaimana untuk menguasai bahasa Inggeris. Lagi mudah untuk belajar sesuatu bahasa dari mereka kerana itu bahasa ibunda mereka.

Lihat bagaimana Mat Dan dapat menguasai bahasa Melayu dialek Terengganu dengan bagus sekali. Kerana beliau belajar terus daripada masyarakat tempatan Terengganu.
5. Belajar Melalui Games
permainan game scrabble 482

Permainan video game adalah antara cara mudah untuk mempelajari bahasa Inggeris. Selain itu, permainan seperti Scrabble juga antara teknik belajar yang tidak membosankan seperti belajar dari kelas di sekolah.

Belajar melalui permainan adalah mudah kerana ia membuat proses pelajaran lebih menarik, dan turut memberi konteks perkataan-perkataan baru yang digunakan. Teknik ini memberi pemahaman yang mendalam kerana permainan memberikan memori yang lebih baik berbanding teknik biasa.
Kesimpulan
Dahulunya penulis sangatlah ketinggalan dari segi kebolehan berbahasa Inggeris, sama ada menulis, bercakap mahupun mendengar, namun atas dasar ingin belajar, penulis berusaha bersungguh-sungguh dan konsisten. Walaupun kini tidaklah menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya nampaklah perbezaan daripada sebelum ini.

Menguasai sesuatu bahasa tidak boleh berlaku dalam sehari, selalunya mengambil masa berbulan-bulan. Jadikan kesemua tips di atas sebagai rutin, lama kelamaan, menguasai bahasa Inggeris akan dilihat lebih mudah daripada sebelumnya.

Tips-tips yang diberikan di atas bukan sahaja diaplikasikan untuk bahasa Inggeris sahaja, turut boleh digunakan untuk bahasa-bahasa lain. Yang penting usaha dan istiqomah.

Sumber : Illuminasi.com

——————————————————————————————————————————————-

BONUS : LAGI TIPS MENARIK UNTUK KORANG!!!

Tertekan Anak Tidak Capai Standard…..’Makin melampau pula bila anak 4 tahun dah expect boleh baca’.

Zaman moden ini, semua benda cepat sehinggakan anak yang baru berusia 4 tahun dijangka sudah pandai membaca dengan lancar. Alhamdulillah jika anak anda mempunyai kelebihan seperti itu. Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak lain yang masih kurang lancar pertuturannya?

Kerisauan ibu bapa semakin bertambah apabila taska/tadika pula menyatakan anak-anak tidak mencapai standard yang mereka harapkan. Tertekan dengan permasalahan itu, ibu bapa berusaha mengajar anak membaca di rumah. Anak tidak faham lalu menyebabkan ibu bapa berang dan marah. Akibatnya anak dimarahi dan lebih teruk lagi dimarahi setiap hari.

Jadi, berapakah umur yang sesuai untuk mengajar anak untuk membaca?

Menurut Afzan Maria Faizul Iqmal, kanak-kanak sepatutnya diajar untuk membaca pada usia 6 tahun, bukannya 4 tahun di mana kanak-kanak masih dalam fasa mengenal dunia. Hujah ini disokong dengan kajian yang dilakukan pada tahun 1931. Semoga bermanfaat.

ANTARA research yang mengatakan reading should start later. Not before 6 1/2 years old. Kajian ini pada tahun 1931. Kita hari ini, tahun 2017. Tang mana yang kita ketinggalan tu?


Makin melampau pula bila anak 4 tahun dah expect boleh baca! Dan makin melampau bila baru hantar 3 bulan, dah expect boleh membaca. No such thing as short cut in reading!

Dan jika sekadar boleh baca buku sekolah sahaja, saya cadangkan anda semak jika anak anda sekadar menghafal. Ambil buku secara rawak, bolehkah mereka membaca? Jika mereka mula menghasilkan bunyi-bunyi huruf sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang betul, mereka mungkin dalam proses fonik. Tetapi jika mereka meneka-neka sambil menunjuk kepada huruf atau perkataan yang salah, mungkin kesan hafalan tadi.

Research mana ya yang kata bawah 4 tahun dah boleh membaca? (Multiple Intelligence Word Smart adalah satu kebolehan extra dan tidak sama dengan orang lain. Rata-rata memulakan proses Story Telling supaya minat dapat dipupuk.) Cuba share sikit research tu.

[Jangan konfius dengan teknik fonik yang mengajar bunyi. Fonik tidak ada expectation pada anak untuk terus boleh membaca. Fonik mengajar anak teknik mendengar, dan mengamati setiap perkataan yang keluar dari mulut, ada bunyinya. Setiap perkataan ada beberapa gabungan bunyi. Penyediaan foundation kepada bacaan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun, sebelum kelancaran boleh di perolehi. Dan semua proses ini bergantung kepada kesediaan untuk menimba ilmu.]

#sayNOtoearlyreading
#katakanTIDAKpadabacaanawal

Sumber: AfzanMaria FaizulIqmal

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *