Pelik Tapi Benar!!! AKIBAT RAMAI YANG DISERANG DEMAM DENGGI, JUALAN SURAT KHABAR INI LARIS KERAS KERANA DIKATAKAN MAMPU HALAU NYAMUK…

Sharing is caring!

Satu akhbar di Sri Lanka telah memperbaharui cara bagi melindungi para pembaca daripada serangan demam denggi. Hal ini demikian kerana virus daripada nyamuk ini seringkali menyerang penduduk di sana.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, seramai 400 juta penduduk diserang demam denggi setiap tahun. Tahun lalu sahaja, lebih kurang 30,000 penduduk Sri Lanka mengalami demam denggi.

Memandangkan tiada sebarang vaksin atau rawatan khas bagi memulihkan pesakit, langkah pencegahan merupakan kaedah terbaik bagi penyakit ini. Justeru, surat khabar Mawbima telah mengambil keputusan untuk menjadikan akhbarnya sebagai alat yang mampu menghalau nyamuk.

Kertas dan dakwat yang digunakan dalam penghasilan akhbarnya mengandungi esen serai wangi yang berfungsi dalam menghalau nyamuk daripada menghampiri manusia.

Melalui kaedah ini, apabila pembaca memegang surat khabar, esen serai wangi tersebut akan melekat pada badan pembaca sekali gus melindungi mereka daripada bahaya nyamuk.

Semenjak ianya diperkenalkan pertama kali di Hari Kesihatan Sedunia pada April lalu, penjualan surat khabar menjadi laris manakala jumlah pembaca pula meningkat kepada 300,000 orang!

Di samping itu juga, penjualan akhbar dikatakan sangat laku seperti pisang goreng panas.

Inovasi mudah dan menggunakan bahan semulajadi ini berjaya mengekang penyakit yang berpunca daripada virus nyamuk secara global.

Surat khabar kini bukan sahaja berfungsi untuk menyampaikan berita semasa kepada pembaca tetapi juga melindungi mereka daripada penyakit berbahaya.

Sumber: Good Times via Era Baru.

———————————————————————————————————————————————-

BONUS : LAGI KISAH REKAAN UNIK UNTUK KORANG!!!

(Video & Gambar) Canggih! Polis Dubai Akan Gunakan Motosikal Terbang Ini Untuk Mengawal Lalu Lintas…

Dubai, wilayah terletak di Emiriyah Arab Bersatu sangat terkenal dengan pelbagai bentuk kemodenan.

Rata-rata penduduknya mempunyai kekayaan yang luar biasa dengan pelbagai kereta mewah, emas, haiwan peliharaan yang mahal, malah pasukan polis Dubai menggunakan sport car.

Bandar yang menjadi hub perniagaan Timur Tengah dan global ini juga mempunyai sistem keselamatan yang amat baik.

Kadar jenayah di Dubai adalah rendah berbanding bandar-bandar yang mempunyai saiz yang sama dengannya.

Menurut laporan Jabatan Diplomatik Amerika Syarikat (OSAC), kerajaan UAE giat mempromosikan langkah keselamatan dan sekuriti di Dubai.

Hal ini demikian, wilayah ini merupakan tempat tarikan pelancong serta merupakan tempat penting bagi pertumbuhan ekonomi.

Polis Dubai menjalankan inisiatif bagi mengawasi dan menjaga keselamatan orang awam. Pihak polis menyiarkan tips-tips keselamatan dan langkah pencegahan daripada menjadi mangsa jenayah melalui laman web mereka.

Keadaan lalu lintas di Dubai sering kali sesak disebabkan kemalangan jalan raya yang kerap berlaku.

Pihak polis sentiasa menghadapi tugas yang berat bagi memantau dan memastikan kelancaran lalu lintas.

Oleh sebab itu, Polis Dubai telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Hoversurf, iaitu sebuah syarikat permotoran elektronik daripada Rusia.

Polis Dubai akan menggunakan hoverbike atau motosikal terbang bagi mengawal keadaan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika waktu kecemasan.


Memetik laporan Gulf News, Sarjan Utama Ali Ahmad Mohammad berkata, “Motosikal ini boleh terbang tanpa penunggang  setinggi enam kilometer.”
“Jika dipandu oleh seorang pemandu, motosikal ini boleh terbang sehingga lima meter sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, motosikal ini mempunyai kelajuan maksium 70km/j dan mampu membawa muatan sehingga 300 kg.

Motosikal terbang merupakan motosikal elektronik dan baterinya hanya mampu bertahan 25 minit setiap cas.

Tujuan utamanya ialah bagi melancarkan lalu lintas dan bukannya untuk menangkap penjenayah.

Lapan kamera telah pun dipasang pada motosikal ini bagi mengesan pemandu-pemandu yang cuai di atas jalan raya.

Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pintar Polis Dubai, Brigadier Khalid Nasser Al Razooqi, motosikal terbang ini akan ditempatkan di tempat-tempat tarikan pelancong dan setiap kamera akan dihubungkan kepada bilik kawalan polis.

Bukan motosikal terbang sahaja, Polis Dubai bakal menggunakan sebuah kereta robot yang mempunyai dron. Walaupun hanya kereta kecil seperti alat mainan, kereta ini digunakan bagi mengawasi sebarang bentuk penjenayah termasuklah mengenal pasti suspek.


Sumber : erabaru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *