(Gambar) 10 Budaya Perkahwinan Di Negara Berbeza Yang Korang Tidak Pernah Lihat!!!

Sharing is caring!

Hari perkahwinan merupakan detik terindah dalam kehidupan seseorang. Ianya merupakan pengalaman sekali seumur hidup dan pada hari ini juga, pengantin akan dilayan seperti raja dan permaisuri.

Majlis perkahwinan juga dijalankan mengikut budaya tertentu. Justeru, anda akan melihat pelbagai jenis perkahwinan dengan berbeza dari segi busananya, gaya tatarias wajah, makanan dan sebagainya.

Di sini akan dipaparkan beberapa budaya perkahwinan yang tidak pernah anda lihat. Malah, anda juga akan terpaku dengan keunikannya!

#1 Kyrgyz

Budaya perkahwinan di Kyrgyzstan kebiasaannya akan mengenakan busana putih dan topi yang unik seperti ini.

#2 Norwegia

Sewaktu pernikahan, kedua-dua pengantin akan menggayakan pakaian tradisional serta pengantin wanita akan memakai mahkota emas dan perak.

#3 Iran

Di Iran, pasangan pengantin akan memakai pakaian sedondon seperti ini sambil menyembunyikan wajah masing-masing.

#4 Bolivia

Pasangan yang ingin bernikah adalah dilarang untuk mengadakan majlis di rumah tetapi harus menyambutnya di kawasan hutan. Mereka akan mengadakan majlis di dalam pondok yang kecil dan sederhana.

#5 Bulgaria

Dalam budaya masyarakat Bulgaria, seluruh wajah pengantin perempuan akan dihiasi dengan butiran manik berwarna-warni supaya wajahnya tidak dapat dilihat.

#6 Brunei

Dalam budaya masyarakat Brunei pula, pengantin lelaki akan membayar sejumlah wang sebagai hantaran. Namun kos untuk keseluruhan majlis akan ditanggung sepenuhnya oleh pengantin perempuan.

#7 China

Pernikahan tradisional memerlukan pengantin memakai pakaian tradisional seperti di zaman dinasti dahulu. Kebiasaannya, pengantin akan menggayakan tema berwarna merah yang melambangkan nasib baik dan kegembiraan.

#8 Mongolia

Pengantin akan mengelilingi rumah baru mereka sebanyak tiga kali untuk mendapat tuah dan nasib yang baik dalam perkahwinan. Setelah itu, mereka harus melangkah longgokan kayu yang terbakar sebagai lambang restu oleh Tuhan Api dan berharap agar perkahwinan tersebut kekal cerah seperti api yang membara.

#9 Turki

Pengantin perempuan dan lelaki akan memijak ibu jari kaki masing-masing semasa menandatangani sijil perkahwinan sebagai simbol ‘keputusan muktamad’ dalam perkahwinan berkenaan.

#10 Zimbabwe

Salah satu tradisi dalam budaya perkahwinan masyarakat Ghana adalah cincin pernikahan hanya akan dipakai oleh pengantin perempuan sahaja dan bukan pengantin lelaki.

Sumber : Era Baru

——————————————————————————————————————————————-

BONUS : LAGI KISAH PERKAHWINAN YANG UNIK UNTUK KORANG!!!

8 Benda Ni Jarang Orang Jadikan Hantaran Kahwin. Nombor 7 Tu Tak Pernah Terfikir Langsung!

Bila dah kumpul duit tak kisahlah menabung atau main kutu sejak mula kerja dulu, apa perkara pertama yang korang idam-idamkan? Semestinya, kahwin! Siapa taknak kahwin kan? Tengok member shopping, jalan-jalan dan bercuti laki bini, tak jeles keee?

Bila nak kahwin, macam-macamlah kena prepare termasuk barang hantaran dari kedua-dua belah pihak yang nak dibawa masa akad nikah nanti. Kalau ikut adat orang dulu, cukuplah bagi buah-buahan dan coklat, sepersalinan baju, seperangkat alat solat, senaskah Al-Quran, set wangian dan jam serta banyak lagi keperluan diri.

Kalau sekarang, fuhh lagi advance! Orang Malaysia ni kadang-kadang kreatif jugak, macam-macam jenis hantaran pelik diorang bagi dengan rekaan cantik-cantik. Terkejut tok kadi woi! Haha… Jom kita tengok antara 8 barang hantaran pelik yang pernah orang Malaysia bagi kat pasangan masing2 sampai kecoh kat media sosial kita.. Mind blown betul!

1. Permainan PlayStation 4, FIFA18 untuk ‘kaki gamer’

Kalau lelaki dapat hantaran PlayStation 4, bahagia hidup beb. Confirm dia tak keluar lepak mamak, jumpa kawan atau balik kerja lambat. Jangan risau la kalau laki korang nak berlaku curang… Tak akan punya! Lagi satu kalau dapat bini yang memahami, silap haribulan dia pun join main sekali. Boleh buat perlawanan laki bini lepas balik kerja 😀

2. Aksesori motosikal atau kereta. Kasimodified kenderaan tu cun-cun!

Ini pun menjadi antara favourite dan kegilaan ramai lelaki. Selain game, diorang pun suka aksesori kereta atau motosikal ni! Dari beli sendiri, alangkah baiknya kalau pihak perempuan bagi hantaran contohnya helmet ke, sport rim ke atau apa-apa lah…

Nampak pelik tapi sekali dah dapat, memang sayang habis kat bini tu… Percaya atau tak, diorang pandai ubah suai kenderaan ikut kepuasan dan style yang diorang nak. Memang bahagia la hidup diorang bila boleh bergaya dan tunjuk kat kawan-kawan… Sengih je bawak bini kat belakang… Hehehe

3. Peralatan dan bahan untuk memasak. Tandanya supaya bini korang rajin masak…

Barang hantaran ni paling ‘rare’ sekali tapi sangat unik dan memberi makna yang mendalam. Orang perempuan kalau dapat kuali, periuk, lesung batu atau bahan memasak seperti minyak, tepung dan sebagainya, fahamilah bahawa suami korang tu nak korang rajin masak kat rumah. Takkan suami nak ‘makan luar’ kot?

Bila masak untuk suami, tambah-tambah lauk kegemaran dia, suami pun suka dan bertambah sayang. Barulah hidup bahagia… Tak gitu?

4. Haiwan peliharaan. Comel habis!

Aww cutenya bagi haiwan peliharaan kat pasangan korang.. Barang hantaran ni dikategorikan paling comel antara banyak-banyak hantaran. Mesti salah seorang pasangan tu pencinta haiwan kan?

Unik dan cute habis bila dulang hantaran ada kucing dan haiwan comel-comel yang lain… Nanti dah duduk serumah boleh bela sama-sama. Kalau salah seorang outstation, boleh main dengan kucing tu untuk hilangkan bosan!

5. Buahan dan sayuran. Dengar macam biasa je tapi bukan…

Kalau tradisi dulu bagi buah-buahan segar seperti epal, anggur, oren dan sebagainya, orang Malaysia zaman sekarang memang kreatif. Dari bagi buah biasa, diorang bagi durian, pisang setandan dan sayur seperti petai serta ulam-ulaman lain. Mungkin pasangan diorang suka durian? Letak je dulang hantaran tu depan pengantin, satu rumah bau!

Boleh je buat style hantaran baru, tapi make sure korang hias lawa-lawa dan jangan isi berat sangat sampai nak patah tangan dulang girl atau boy korang pulak!

6. TV LED untuk kegunaan korang jugak nanti…

Kalau dulu zaman belajar tengok TV pun tak, kalau ada pun TV kecik atau tengok kat mamak je bila ada perlawanan bola. Haa, bila nak kahwin bagi la pasangan korang tu TV sebagai barang hantaran. Mesti senyum lebar punyalah… Bukan apa, TV tu pun nanti korang boleh tengok jugak bila dah duduk serumah. Ada sikit hiburan lepas balik kerja…

7. Selipar jepun? Seriously?

Taktahu apa niat sebenar pasangan korang bila selipar dijadikan barang hantaran, tapi ia memang unik dan ‘rare’ betul. Hmm, kalau fikir balik boleh pakai dalam rumah atau ke bilik air. Sebab biasanya lantai ni licin dan senang tergelincir, kalau pakai selipar kan selamat sikit. Nampak jugak korang tu pembersih…

8. Gitar untuk yang gila muzik. Untung boleh nyanyi lagu untuk bini!

Jenis lelaki yang suka main gitar ni memang sweet habis. Sesuai sangat dapat gitar sebagai hantaran. Untung-untung time bini merajuk, boleh pujuk dengan nyanyi lagu kegemaran sambil main gitar. Jangan sesekali pandang rendah pada lelaki yang main gitar ni… Gitar bukan murah, lepastu bakat memetik gitar bukan semua orang ada tau.

Sumber : Oh Bulan

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *