5 Sejarah Kapal Karam Yang Lebih Menarik Berbanding Titanic Tetapi Tidak Difilemkan…

Sharing is caring!

Siapa yang tidak tahu mengenai sejarah tenggelamnya kapal Titanic. Tragedi yang mengorbankan ramai penumpang kelas atasan ini menjadi berita hangat di seluruh dunia dan masih hebat diperkatakan sehingga kini.

Namun, selain daripada Titanic, terdapat beberapa lagi kisah kapal karam yang tidak kurang hebatnya.

#1 The HMHS Britannic

Britannic boleh diibaratkan seperti ‘adik’ kepada kapal Titanic kerana kedua-duanya dibina oleh syarikat perkapalan yang sama iaitu, White Star Line. Selepas tragedi Titanic, beberapa perubahan telah dilaksanakan pada Britannic seperti meningkatkan jumlah bot penyelamat, memperkukuhkan rangka kapal di bahagian-bahagian yang mudah terdedah kepada kemusnahan oleh bongkah ais.

Britannic telah dijadikan sebagai kapal hospital oleh kerajaan dan menempatkan para pesakit yang cedera semasa Perang Dunia pada ketika itu. Walau bagaimanapun, kapal ini hanya mampu bertahan dalam tempoh setahun sebelum tenggelam akibat dibedil meriam oleh musuh negara.

Daripada 1,000 individu berada di atas kapal, hanya sekitar 30 orang sahaja yang meninggal dunia.

#2 RMS Lusitania

Pada tahun 1915, kapal ini ditenggelamkan oleh kapal Jerman yang dikatakan telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan membedil kapal bukan tentera tanpa sebarang amaran.

Pada masa yang sama, kerajaan British juga telah melanggar undang-undang dengan menggunakan kapal Lusitania bagi mengangkut senjata api dengan harapan pihak Jerman tidak akan menyerang kapal berkenaan.

Kini, bangkai kapal berkenaan boleh ditemui sekitar rumah api di Kinsale, Ireland.

#3 Nuestra Señora de Atocha (Wanita Kami Atocha)

Pada tahun 1622, kapal Atocha yang membawa muatan kargo besar berisi emas, perak, permata, tembakau, tembaga dan pelbagai lagi barangan lain yang berharga pada ketika itu sepatutnya membuat perjalanan dari Havana ke Sepanyol.

Namun begitu, ribut taufan telah membadai kapal dan mengakibatkan kemusnahan teruk pada kapal tersebut. Bertahun-tahun kerajaan Sepanyol melakukan usaha pencarian sisa kapal Atocha namun tidak menemuinya.

Sehinggalah pada tahun 1985 apabila seorang pemburu harta karun profesional bernama Mel Fisher menemui bangkai kapal karam berkenaan. Walau bagaimanapun, bahagian dek depan (sterncastle) yang merupakan kawasan penyimpanan harta karun tidak ditemui bersama-sama dengan bangkai kapal Atocha. Misteri~

#4 Whydah Gally

Seorang lanun kapal yang agak terkenal bernama ‘Black Sam’ Bellamy pernah meraih keuntungan mencecah RM501.5 juta semasa zamannya.

Walau bagaimanapun pada tahun 1717, satu ribut telah melanda dan membadai Bellamy, kapal Whydah Gally, semua anak kapal beserta dengan harta karun yang diperolehinya sepanjang menjadi lanun.

Sekitar 260 tahun kemudian, sisa kapal berjaya ditemui oleh seorang kapten yang mengkaji mengenai kapal karam. Pada loceng kapal tersebut yang digunakan bagi memberitahu anak kapal mengenai waktu makan malam, tertulis ‘The Whydah Gally 1716’ sebagai bukti bahawa ia adalah kapal lanun yang sebenar!

#5 Queen Anne’s Revenge (Pembalasan Dendam Ratu Anne)

Queen Anne’s Revenge merupakan salah satu kapal yang sangat digeruni suatu masa dahulu. Dikendalikan oleh kaptennya yang bernama Blackbeard, kapal ini telah belayar di lautan selama setahun sebelum karam akibat berlakunya pelanggaran pada 1717. Walau bagaimanapun, orang ramai mempercayai pelanggaran tersebut adalah disengajakan.

Nasib kapal tersebut kekal misteri sehingga pada tahun 1996 apabila satu bangkai kapal dipercayai milik Queen Anna’s Revenge telah ditemui. Setelah beribu-ribu artifak dikaji, akhirnya pada tahun 2011, Persatuan National Geographic mengesahkan bahawa kapal tersebut adalah Queen Anna’s Revenge.

Sumber: ATI via Era Baru

———————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH MENARIK UNTUK KORANG!!!

“Herba Ini Bernilai RM6,000/kg Dan Dikenali Viagra Semulajadi Di Thailand”- MARDI

Kebimbangan terhadap kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia sintetik dan tanggapan positif terhadap produk berasaskan bahan semula jadi menyebabkan peningkatan dalam industri penanaman herba.

Permintaan terhadap produk berasaskan bahan semula jadi meningkat secara mendadak dan pengusaha seluruh dunia berlumba-lumba untuk menghasilkan pelbagai produk yang didakwa berasaskan bahan semula jadi.

Produk ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan seperti penjagaan kesihatan tambahan (suplement), ubat-ubatan, kosmetik dan penjagaan diri. Di Amerika contohnya, permintaan terhadap produk kosmeseutikal sahaja meningkat hampir 11% setiap tahun dan nilainya pada tahun 2008 mencapai USD7 bilion. Di Malaysia, industri pasaran produk berasaskan herba dianggar bernilai lebih daripada RM4.5 bilion dan dijangka akan terus meningkat pada tahun berikutnya.

Halia hitam (Kaempferia parviflora) merupakan sejenis tanaman cekur yang sangat bernilai tinggi dan diguna secara tradisional sebagai aphrodisak dan tonik serta mempunyai ciri-ciri antiradang, antigastrik dan antiobesiti yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik.

Related image

Tumbuhan herba ini terdiri daripada kumpulan halia yang didapati di bahagian timur laut Thailand dan sangat popular di kalangan kaum lelaki kerana ia dikenali sebagai viagra semula jadi dan telah disahkan tiada kesan sampingan. Di samping itu, halia hitam dikatakan dapat memberi kekuatan dan tambahan tenaga.

Hasil kajian di Thailand menunjukkan tumbuhan ini mempunyai kandungan antioksida yang sangat tinggi, antidiabetik, meningkatkan kepadatan sperma dan antidepresi yang sesuai untuk kesihatan dan telah lama digunakan untuk tujuan perubatan.

Komponen utama yang telah dikenal pasti yang terdapat dalam halia hitam ialah polymethoxy flavonoids seperti 3,5,7-trimethoxyflavone, 3,5,7,4’-tetramethoxyflavone, 5,7-dimethoxyflavone,3,5,7,3’,4’- pentamethoxyflavone dan 5,7,4’-trimethoxyflavone.

Walaupun permintaan produk herba terus meningkat kebelakangan ini, penghasilan produk berasaskan halia hitam masih dipandang sepi berikutan kekurangan bahan tanaman untuk penghasilan secara berskala besar.

Image result for halia hitam

Peluang ini membolehkan MARDI untuk memperkenalkan tanaman halia hitam yang merupakan tanaman berpotensi dan bernilai tinggi yang perlu dieksploitasikan dengan kadar segera. Produk berasaskan halia hitam ini boleh diaplikasi dalam bentuk makanan kesihatan, makanan tambahan herba, (campuran produk bersama kopi) kosmetik dan farmaseutikal yang telah banyak dihasilkan di Thailand.

Berasaskan penemuan terdahulu oleh penyelidik Thailand, halia hitam didapati selamat untuk dimakan malah terbukti keberkesanannya serta mempunyai nilai yang tinggi dan dijangka mampu untuk memberi keuntungan. Ia berpotensi sebagai tanaman yang dapat memberi pulangan yang tinggi kepada negara jika dihasilkan pada skala yang besar dan selari dengan R & D yang dilakukan. Pembangunan produk berasaskan herba dan nilai tambahnya, bukan sahaja akan menggalakkan pertumbuhan industri herba, tetapi juga menyediakan peluang penjagaan kendiri kepada orang ramai.

Permasalahan dalam pengeluaran produk halia hitam ialah tidak ramai yang mengetahui khasiat dan kebaikan halia hitam. Secara saintifiknya, khasiat halia hitam telah dibuktikan oleh kajian yang telah dilaporkan di dalam beberapa jurnal. Namun begitu, kekurangan bahan tanaman ini di Malaysia menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dan merupakan faktor utama halia hitam tidak popular seperti tanaman lain.

Malah, aktiviti R & D di Malaysia masih tidak menghasilkan produk berasaskan tanaman halia hitam walaupun banyak institusi penyelidikan dan universiti yang mengetahui potensi besar tanaman ini. Kesukaran untuk mendapatkan rizom sebagai bahan utama dalam penghasilan produk merupakan masalah yang utama.

Harga rizom yang terlalu mahal mencecah sehingga RM6,000/kg  telah menyukarkan pengusaha industri herba untuk mengeksploitasi dan memperkenalkan tanaman ini dalam pasaran industri herba.

Sumber : Zuraida Ab Rahman dan Ayu Nazreena Othman via Buletin Teknologi MARDI.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *