Akibat lambakan di pasaran, harga durian Musang King jatuh 50%!!!

Sharing is caring!

(SEORANG peminat durian Musang King meneliti pokok yang lebat berbuah menunggu masa untuk gugur.  FOTO Ramli Ibrahim & Nazurul Roselan)

Kuala Lumpur : Rahmat bagi penggemar durian Musang King apabila raja buah daripada gred mahal itu kini turun hampir 50 peratus berikutan lambakan bekalan di pasaran.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Lembah Klang mendapati durian jenis itu kini boleh dibeli antara RM35 hingga RM90 sekilogram bergantung kepada gred.

Menurut seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Ah Chew, musim buah berkenaan menjadikan harga durian turun termasuk Musang King.

“Jika bukan musimnya, harga buah berkenaan adalah tinggi kerana kesukaran untuk mendapatkannya.

“Tetapi kini harga durian jenis itu dijual sekitar RM45 daripada RM90 sekilogram dan kami mampu menjualnya sekitar dua tan dalam masa sehari,” katanya yang ditemui Harian Metro di gerainya di Petaling Jaya, dekat sini.

Seorang lagi peniaga di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Erik Ong, 31, berkata, harga bagi durian ini akan berubah pada setiap hari dan juga mengikut musimnya.

“Penggemar durian akan tetap membelinya walaupun ketika mahal, apatah lagi ketika musim murah,” katanya.

Sebelum ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menafikan mesej viral berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King yang kononya tidak dibenarkan memasuki China disebabkan kandungan racun serangga yang tinggi.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOA, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan yang dipetik menerusi laman Facebook miliknya menyatakan tuduhan terbabit sangat tidak berasas dan tidak sahih.

“Menerusi gambar yang ditularkan, ciri-ciri buah durian berkenaan dilihat berbeza dengan Musang King dari negara ini.

“Buat masa ini negara hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses dan produk industri asas tani yang berasaskan durian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Harian Metro

——————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH MENARIK UNTUK KORANG!!!

“Tidak kisah bergelumang dengan kotor atau disengat kelulut…”, Dulu Menteri Besar, Sekarang Usahawan Kelulut.

Datuk Seri Ahmad Said yang juga mantan Menteri Besar Terengganu berkongsi kisah bahawa dirinya tidak kisah bergelumang dengan kotor atau disengat kelulut peliharaannya ketika berkebun.

Ujar ADUN Kijal ini lagi, bertani adalah kaedah terbaik untuk melepaskan tekanan selain mencari kawan baru.


Dalam tempohnya berkhidmat sebagai Menteri Besar dahulu, rumah beliau di Telok Kalong sering menjadi lokasi untuk berkumpul ketika hari perayaan misalnya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


Namun kini setelah tidak lagi aktif di pentas utama politik, beliau perlahan-perlahan menukar rumahnya menjadi ‘hutan mini’.


Setahun lalu, selepas tanamannya mula matang, beliau mula membeli sarang kelulut dan menternak haiwan tersebut bagi mendapatkan madu.


Ujarnya, tindakan beliau menternak kelulut berjaya menarik tumpuan orang ramai. Malah, ternakan kelulutnya menjadi topik bualan penduduk setempat.


”Ini cuma untuk mengisi masa lapang, tetapi ia menarik dan boleh menyihatkan badan. Boleh buat saya lupa hal politik buat sementara waktu, tapi yang paling penting saya dapat ramai kawan dan tunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa tidak susah untuk membela kelulut’‘, kata beliau.


Katanya lagi, madu kelulut mempunyai banyak faedah kepada kesihatan malah ianya antara makanan tambahan yang terbaik untuk penghidap kencing manis dan pelbagai penyakit kronik yang lain.


”Saya buktinya, madu kelulut ini berjaya menurunkan paras gula dalam badan saya ketahap rendah hingga doktor pun terkejut”.


Tambah beliau, mengamalkan madu kelulut membuatkan dirinya lebih bertenaga untuk menghadiri semua aktiviti kemasyarakatan dan tugasnya di Kemaman. Malah beliau turut berkongsi bahawa kelulut tidak berbahaya berbanding lebah madu lain yang lebih agresif, kadang-kadang mampu membunuh.


Beliau kini mempunyai 240 sarang kelulut, kebanyakkan adalah subspesis Geniotrigona thoracica, Trigona terminata dan Heterotrigona itama.


‘Setakat ini, kelulut yang ada mampu menghasilkan 20 liter madu setiap dua minggu dan saya bercadang untuk membeli 100 lagi sarang kelulut memandangkan mendapat permintaan yang tinggi dari kawan-kawan dan penduduk setempat”, ujarnya lagi.


Madu kelulutnya dijual dengan harga diantara RM 90 hingga RM 300 sebotol, malah bercadang untuk melabelkan produk madunya dibawah jenama ‘DSAS Kelulut’ menjelang hujung tahun ini.


”Tujuan utama saya menternak kelulut bukanlah untuk mencari keuntungan sebaliknya untuk memberi contoh kepada orang ramai bahawa ia mampu memberi pulangan tetap. Perlu ada orang untuk menggerakkannya, dan sekarang saya menjadi contoh kepada orang ramai bagaimana mahu menternak kelulut” jelasnya.


Beliau turut memberitahu bahawa penduduk setempat yang berminat untuk menceburi bidang ini boleh menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebagai modal permulaan dan menubuhkan perkongsian.


”Ia boleh berjaya jika diadakan secara perkongsiaan.


”Kita boleh belajar dari kelulut itu sendiri. Kelulut bekerjasama menghasilkan madu tapi kita boleh bekerjasama untuk menjual madu tersebut,” terang bekas Menteri besar itu lagi.


Beliau turut percaya bahawa Kemaman suatu hari nanti mampu menjadi pengeluar madu kelulut terbesar di peringkat negeri.


”Baru-baru ini telah dilancarkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan yang memberi tumpuan kepada kaedah pemakejan produk madu di Kemaman, ia boleh meningkatkan keyakinan terhadap industri ini” tambah beliau.


Sumber : NST

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *