7 Negara Yang Selalu Bergolak Dan Bahaya Tetapi Masih Jadi Tumpuan Pelancong…

Sharing is caring!

Menurut laporan Indeks Keamanan Global (GPI)  terkini oleh Institut Ekonomi dan Keamanan, keselamatan dunia kini telah meningkat berbanding tahun lalu. Laporan kali ke-11 itu merupakan ukuran statistik yang satu seumpamanya. Ia menyenaraikan kedudukan 163 negara bebas, berdasarkan tahap keamanan atau bahaya sesebuah negara itu. Kesemua negara yang terlibat meliputi lebih 99.7% penduduk dunia. Semuanya dinilai menggunakan 23 petunjuk, dengan skala 1 sehingga 5. Indeks ini mengukur keamanan global melalui 3 tema penting, iaitu tahap keselamatan dalam masyarakat, tahap konflik domestik dan antarabangsa, serta tahap penenteraan. Mari kita semak 7 negara tumpuan pelancong yang termasuk dalam senarai tersebut.
7. Thailand​
thailand pergolakan politik

Kedudukan: 44

Skor: 2.286

Wilayah Yala, Pattani, Narathiwat, dan Songkhla yang terletak di selatan adalah bandar yang paling berbahaya di Thailand. Dalam tempoh 13 tahun yang lalu, sejumlah lebih 6,500 kematian dilaporkan telah berlaku di kawasan ini, berpunca daripada keganasan. Sejak undang-undang tentera mula dikuatkuasakan, serangan pengganas kadangkala berlaku. Antaranya seperti kes pengeboman Kuil Erawan pada tahun 2015, dan 3 bom paip kecil di Bangkok baru-baru ini.

Rusuhan berlaku di wilayah-wilayah di atas yang secara majoritinya dihuni oleh penduduk Islam. Biarpun tempat-tempat ini bukan menjadi tumpuan pelancong, mahupun orang Thailand sendiri, ia penting untuk diketahui jika anda pertama kali hendak ke Thailand.
6. Afrika Selatan
afrika selatan bergolak

Kedudukan: 41

Skor: 2.324

Kadar jenayah di Afrika Selatan adalah sangat tinggi berbanding kebanyakan negara lain. Ia melibatkan kes-kes seperti pembunuhan, serangan dan rogol di kalangan orang dewasa, kanak-kanak, orang tua, serta bayi. Tidak hairanlah mengapa ramai penduduk tempatan terpaksa mengupah pengawal keselamatan. Malah, kebanyakan pendatang luar juga tidak terus menetap di sini.

Perkhidmatan Polis Afrika Selatan (SAPS) bertanggungjawab untuk menguruskan 1,115 buah balai polis di kesemua 9 wilayah negara ini. Majoriti kes jenayah sering berlaku di kawasan penempatan terpencil, miskin dan jarang dikunjungi oleh pelancong. Namun, bandar-bandar seperti Cape Town, Port Elizabeth, Durban, Pretoria, Johannesburg dan Pietermaritzburg juga dikatakan tidak selamat untuk dikunjungi. Pada tahun 2015, dianggarkan hampir 49 pembunuhan berlaku setiap hari.
5. Kenya
kenya pergolakan negara

Kedudukan: 39

Skor: 2.336

Kawasan luar bandar Kenya adalah sarang kepada puak pengganas. Serangan seringkali berlaku, dimana bom dan tembakan dapat didengari di mana-mana sahaja. Walaupun serangan lebih banyak berlaku di luar Nairobi, ia masih turut berleluasa di kawasan bandar. Bom tangan, tembakan dan tikaman adalah bentuk serangan yang biasa digunakan. Masa paling dilarang adalah sewaktu berlangsungnya pilihan raya, dimana protes penuh keganasan diadakan di kesemua bandar negara ini.

Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) melarang semua perjalanan kecuali melibatkan urusan penting, ke kawasan dalam jarak 60km di sempadan Kenya-Somalia, dan dalam jarak 15 km di pantai dari sungai Tana sehingga ke sungai Galana (Athi-Galana-Sabaki). Ini termasuk daerah-daerah seperti Garissa, Lamu (kecuali Pulau Lamu dan Pulau Manda) dan kawasan di daerah Sungai Tana yang terletak di utara sungai Tana itu sendiri.

Pengganas berkemungkinan besar akan cuba melakukan serangan di Kenya. Ancaman utama datang dari ekstremis yang dikaitkan dengan Al Shabaab, sebuah kumpulan militan yang telah melakukan serangan sebagai tindak balas terhadap campurtangan ketenteraan oleh negara ini di Somalia. Terdapat beberapa serangan pada tahun-tahun sebelum ini, terutamanya di daerah Garissa, Mandera dan Lamu, dan kawasan tanah besar lain yang berdekatan dengan sempadan Somalia.

Ancaman serangan pengganas juga semakin meningkat di Nairobi, serta kawasan pantai dan resort di sekitar Mombasa dan Malindi. Insiden jenayah seperti rampasan, rompakan bersenjata dan kecurian kereta selalu terjadi, terutamanya di bandar-bandar besar. Ancaman serangan dan rampasan kapal juga dilaporkan berlaku di Teluk Aden dan Lautan Hindi.

4. Filipina
filipina bergolak hapuskan dadah

Kedudukan: 26

Skor: 2.555

Antara kawasan yang berbahaya ialah Marawi, Metro Manila, serta wilayah-wilayah seperti Jolo, Basilan dan Cotabato. Terdapat kes tembakan dan kebakaran baru-baru ini di sebuah kasino di Manila. Selain itu, kes penculikan juga adalah perkara biasa di seluruh Kepulauan Sulu dan Laut Sulu Selatan. Warga asing sering menjadi sasaran. Ancaman ini meluas di seluruh Filipina, sama ada di darat atau di laut, tetapi sangat teruk berlaku di selatan Filipina seperti Mindanao, Palawan dan Visayas tengah, termasuk Siquijor dan Dumaguete.

FCO memberi amaran supaya tidak berkunjung ke barat dan pusat Mindanao, serta kepulauan Sulu oleh sebab ancaman pengganas, aktiviti pemberontakan dan kes penculikan. Selain itu, antara kawasan lain menerima amaran kunjungan kecuali untuk urusan penting, adalah seperti daerah-daerah lain di Mindanao (kecuali Camiguin, Dinagat dan Kepulauan Siargao) ke selatan wilayah Cebu, sehingga dan termasuk majlis perbandaran Dalaguete dan Badian.

Serangan oleh pengganas kemungkinan besar berlaku di mana-mana sahaja. Malah, tempat yang dilawati oleh warga asing, seperti lapangan terbang, pusat membeli-belah, pengangkutan awam termasuk sistem metro, dan tempat-tempat ibadat juga tidak terkecuali.
3. Mesir
mesir negara bergolak

Kedudukan: 25

Skor: 2.583

Walaupun ancaman di Mesir semakin berkurang, sekarang bukanlah masa yang terbaik untuk anda melawati negara ini. Kumpulan pengganas masih melakukan pemberontakan dan serangan yang seakan tiada penghujung. Isis dan kumpulan ekstremis yang lain menimbulkan ancaman serius di tempat awam di seluruh Mesir, termasuk tapak pelancongan. Kumpulan ini juga menjadikan pelbagai jenis pengangkutan sebagai sasaran.

FCO menasihatkan orang ramai untuk tidak mengunjungi ke Gabenor Sinai Utara. Ini kerana peningkatan ketara dalam aktiviti jenayah dan serangan pengganas terhadap pasukan polis, sehingga mengakibatkan kematian. FCO juga melarang semua perjalanan kecuali urusan penting ke Gabenor Sinai Selatan, dengan pengecualian kawasan di perbatasan Sharm el Sheikh, termasuk lapangan terbang dan kawasan Sharm el Maya, Hadaba, Teluk Naama, Sharks Bay dan Nabq. Ini termasuk perjalanan melalui udara ke atau dari Sharm el Sheikh.

Turut tidak terkecuali ialah kawasan barat lembah Nile dan kawasan Nile Delta, tidak termasuk kawasan pantai antara Delta Nile dan Marsa Matruh. Terdapat peningkatan ancaman serangan pengganas yang mensasarkan Kristian Koptik di Mesir. Mereka juga mengancam warga barat, institusi, dan perniagaan. Malah, warga asing menjadi sasaran utama ekstremis yang dikaitkan dengan Daesh-Sinai.
2. Colombia
colombia negara banyak pengganas

Kedudukan: 17

Skor: 2.777

Siri televisyen popular, Narcos ditonton ramai kerana kepakaran penceritaan dan ketepatan sejarahnya. Colombia telah diceroboh oleh gejala pengedaran dadah, rasuah politik dan jenayah penuh kekerasan selama lebih dari 4 dekad. Jenayah terancang juga berleluasa di negara ini. Meskipun perjanjian damai telah dibentuk, warga dunia diberi amaran supaya tidak menjejakkan kaki di negara ini.

Kumpulan penjenayah bersenjata iaitu BACRIM, bertanggungjawab untuk kes-kes penculikan, penyeludupan dadah dan rompakan yang berlaku di sini. Sementara itu, tindakan keganasan seperti letupan biasa berlaku di kebanyakan bandar besar seperti Bogota.

Ya, Colombia kini sudah tidak berbahaya seperti dahulu. Sebagai bukti, Medellin dinamakan sebagai destinasi terbaik Amerika Selatan tahun lalu. Namun, melawati negara ini masih dianggap berisiko bagi pelancong asing.
1. Ukraine
ukraine bergolak

Kedudukan: 10

Skor: 3.184

Pertempuran antara angkatan bersenjata Ukraine dan pemisah bersenjata yang didukung Rusia adalah suatu perkara biasa di kedua-dua kawasan timur dan tenggara negara ini. Secara lebih khusus, konflik berterusan ini melibatkan kawasan wilayah Donetsk, Luhansk dan Crimea. Bukanlah suatu yang mengejutkan jika ada orang awam yang terperangkap dalam pertelingkahan antara kedua-dua negara itu.

FCO menasihatkan supaya tidak berkunjung ke Crimea dan wilayah-wilayah seperti Donetsk serta Luhansk. Keselamatan di bahagian tenggara Donetsk dan wilayah Luhansk di Ukraine masih amat tidak stabil. Terdapat pertempuran berterusan antara angkatan bersenjata Ukraine dan pemisah bersenjata yang disokong oleh Rusia. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia telah mengakibatkan sejumlah kira-kira 10,100 kematian, serta anjakan dalaman antara 800,000 hingga 1 juta orang yang tinggal secara kekal di kawasan yang dikawal oleh kerajaan. Apa yang membimbangkan, orang awam juga dilaporkan terperangkap.

Pasukan Rusia dan kumpulan pro-Rusia telah menubuhkan kawalan operasi penuh di Crimea. Berikutan referendum yang tidak sah pada 16 Mac 2014, Rusia telah menceroboh Crimea secara haram pada 21 Mac 2014. Situasi tegang masih kekal sehingga ke hari ini. Syarikat penerbangan antarabangsa Ukraine telah membatalkan kesemua penerbangan pergi balik ke destinasi Simferopol. Semua perkhidmatan kereta api dan bas rasmi ke Crimea juga dibatalkan.

Bagaimanapun, Kyiv dan kawasan lain di luar Donetsk dan Luhansk berada dalam situasi tenang. Terdapat beberapa perhimpunan oleh  parti politik di pusat Kyiv sejak 14 Oktober 2017. Jumlah kemalangan maut melibatkan lalu lintas di Ukraine juga tinggi. Jenayah kecil turut dilaporkan berlaku, terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti tempat-tempat pelancongan dan pengangkutan awam.

Sumber : Illuminasi.com

——————————————————————————————————————————————-

BONUS : LAGI KISAH PERLANCONGAN YANG VIRAL UNTUK KORANG!!!

Kaunter di KLIA2 sedang dinaiktaraf, Berikut 6 Panduan Untuk Kemudahan Pelanggan Air Asia…

Bermula 20 November 2017 yang bakal menjelang tiba, kaunter di KLIA 2 akan dinaik taraf untuk keselesaan dan kemudahan para penumpang.

Oleh itu, terdapat beberapa perubahan daripada segi pergerakan dan tempat mendaftar yang perlu diambil perhatian oleh para pelanggan Air Asia.

Pihak Air Asia sendiri telah menggariskan enam panduan yang perlu diikuti supaya anda semua tidak mengalami sebarang masalah ketika berada di KLIA 2.

1. Tiba awal di lapangan terbang

Anda dinasihatkan untuk datang lebih awal daripada jadual penerbangan. Bagi pemegang tiket Air Asia, anda perlu tiba di lapangan terbang KLIA 2 tiga jam lebih awal dan empat jam bagi Air Asia X.

Hal ini bagi mengelakkan sebarang kesesakan dan formaliti penerbangan.

2. Daftar masuk sendiri 

Jika anda sering mendaftar masuk melalui kaunter, kini anda perlu tahu cara mendaftar sendiri melalui mesin-mesin Air Asia yang telah disediakan. Bukan sahaja mesin kiosk Air Asia, anda boleh berbuat demikian melalui laman web atau aplikasi Air Asia.

Daftar masuk sendiri boleh dilakukan 14 hari sebelum hari pelepasan paling lewat ialah satu jam bagi Air Asia dan empat jam bagi Air Asia X.

3. Kaunter bagasi ditutup sebelum 60 minit waktu pelepasan 

Kaunter bagasi ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Bagi mengelak  kesesakan yang dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan imigresen, anda dinasihatkan melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan secepat mungkin.

4. Terminal 4 terus bagi penumpang dari atau ke Singapura 

Bagi penumpang dari atau ingin ke Singapura,  Air Asia kini beroperasi di Terminal 4 di Lapangan Terbang Changi Singapura yang lebih canggih untuk kemudahan para penumpang. Para penumpang dinasihatkan untuk tiba di teminal ini tiga jam lebih awal daripada waktu pelepasan.

5. Tempahan berkumpulan boleh mendaftar masuk melalui kaunter 

Kakitangan Air Asia sedia membantu bagi penumpang yang mendaftar secara berkumpulan, mempunyai batas pergerakan dan memerlukan bantuan istimewa bagi melancarkan percutian para penumpang. Mereka hanya perlu mendaftarkan diri melalui kaunter sahaja.

6. Satu pelanggan satu beg kabin

Polisi terbaru Air Asia ialah setiap seorang penumpang (kecuali bayi) hanya dibenarkan membawa satu beg cabin yang tidak melebihi dimensi 56 x 36 x 23cm.

Selain itu, anda juga hanya boleh membawa satu beg komputer riba atau beg tangan ke atas pesawat. Jumlah berat kedua-dua beg yang dibenarkan tidak harus melebihi 7kg.

Jika ingin mendapatkan penjimatan dalam caj bagasi, anda dinasihatkan untuk mendaftarkan bagasi anda melalui aplikasi telefon pintar atau laman web airasia.com dengan memilih “Urus Tempahan Saya”. Penjimatan akan diberikan untuk tempahan yang dilakukan sehingga empat jam sebelum jadual pelepasan sahaja.

Sumber : Era Baru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *