Duit Syiling 50 Sen Berharga Sejuta Ringgit!!! Jawapan Pakar Numismatik Ini Membuatkan Netizen Tergamam…

Sharing is caring!

“Betullah tu, duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang tu sebenarnya harga dia sejuta ringgit sekeping. Duit rare tu susah nak dapat dah sekarang. Kalau jual kat Amerika lagilah boleh dapat harga lagi mahal, 40 juta Dollar kot sekeping?”

50 sen 1967

Percaya atau tidak, apabila terlihat statement kat atas tu, ramai yang rasa teruja untuk membaca apakah cerita sebenar yang hendak saya sampaikan (Sila Like jika anda salah seorang daripada mereka).

Namun, ada lebih daripada separuh yang melihat description kat atas akan membuat andaian, duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang tu berharga mahal sehingga 40 juta ringgit tanpa membaca isi kandungan artikel yang saya kongsikan.

Tidak kurang juga, jika anda adalah pembaca saya daripada Facebook page yang akan cuba mengiklankan duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 mereka didalam page tersebut. Semua nak kata duit syiling dialah paling rare, duit syiling super rare Malaysia.

Begitulah sikap kebanyakan orang kita (Semua bangsa di Malaysia), apabila dapat untung dengan berangan-angan saja pun sudah siok….

Apabila dijanjikan dengan angan-angan palsu pun sudah melompat jerit-jerit macam lotong

Apabila mereka bertanya berapakah harga “duit syiling rare” 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang mereka dan kita sebagai collector beritahu, harga cuma rm3-rm5 sekeping, jika anda jual sendiri dan itupun jika ada orang nak beli, maka akan mulalah keluar jawapan ego tinggi melangit:
“Baik saya jual kat Mudah.my, boleh jual mahal-mahal”
“Jangan nak tipu akulah, duit ini rare, tak ramai yang simpan!”
“Saya ada baca kat internet, ada orang jual duit ni sampai RM10ribu sekeping?”

Tiap-tiap hari saya dihujani soalan yang hampir sama. Adakalanya dari orang yang sama, cuma cara soalan berbeza.

Sehingga saya mengumpulkan kesemua soalan itu dan kongsikannya didalam artikel soalan-soalan lazim mengenai Malaysia coin dalam Malaysiancoin.com.

Daripada 10 orang yang bertanya, hanya seorang sahaja yang mengucapkan terima kasih. Lagi dua biasanya akan menghina saya. lagi tujuh tidak akan menjawab/berbuat apa2. Jika sebulan ada dalam 100 orang yang bertanya, setahun? Anda kiralah sendiri. Itu belum termasuk yang telefon saya jam 4pagi, semata-mata nak tanya harga duit lama miliknya.

Jika anda lihat di page FB Malaysia Coin, saya dah kongsikan diruangan about “Di sini bukan tempat bertanya harga duit lama anda”. Namun, setiap hari ada sahaja yang bertanya harga duit lama mereka. Budaya malas membaca dah tertanam lama sangat didalam jiwa rakyat Malaysia.

Tiada siapa yang melarang anda nak jual duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang tu pada harga sejuta sekeping. Buatlah iklan, boleh juga kami collector semua jadikan ianya sebagai bahan gelak ketawa. Lagi bagus, selepas buat iklan kat Mudah.my tu, telefon reporter akhbar harian, boleh masuk paper tunjuk muka sebelah duit syiling paling rare kat Malaysia. Rare sampai takde orang nak beli sebab orang yang tengok iklan tu gelak jer. Hahahaha….

Mohon maaf jika tulisan saya sedikit sarkastik sebab saya memang tak tahu nak tulis cara lain. Jadi kepada yang ada 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang dan nak jual duit korang mahal-mahal serta malas nak baca tu, mohon terasa yer.

Sumber : malaysiancoin.com

———————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH MENARIK MENGENAI DUIT SYILING MALAYSIA UNTUK KORANG!!!

5 Jenis Duit Syiling Malaysia Paling Mahal Pernah Dijual Yang Korang Tidak Tahu…

Kebanyakan duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia…

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600.

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253.

Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55. Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942.

Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli). Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769.

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846.

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.

Sumber : malaysiancoin.com via siakapkeli.com.my

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *