Nampak Ganas Tetapi Sebenarnya Haiwan Ini Hanya Makan Anai-Anai Dan Setia Pada Pasangan!!! Lihat Anak-Anaknya Yang Comel Ini…

Sharing is caring!

Pernahkah anda mendengar nama ‘Aardwolf ‘? Jika anda tidak pernah mendengar nama ini, bersedialah untuk melihat spesies haiwan paling comel yang pernah wujud di dalam dunia ini.

Spesies ‘aardwolf’ datang dari spesies yang sama dengan hyena. Tidak hairan mengapa rupa mereka dilihat hampir serupa. Tetapi tidak seperti hyena yang menjadi haiwan pemangsa yang boleh menghancurkan tulang dengan giginya, haiwan aardwolf  suka memakan anai-anai dan ia tidak ganas. Perkataan ‘aard’ berasal dari bahasa Belanda bermaksud ‘bumi’.

Haiwan comel ini adalah anak aardwolf

Kredit : Arkive

Spesies ‘aardwolf’ berasal dari Afrika Timur dan Selatan. Haiwan ini suka tinggal di dalam lubang bawah tanah. Selalunya mereka tidak menggali lubang sendiri, sebaliknya akan menduduki lubang yang telah ditinggalkan oleh haiwan lain. Aardwolfadalah haiwan yang sangat pemalu dan suka bergerak pada waktu malam. Namun pada waktu musim sejuk, mereka akan mengumpul tenaga dengan tidur pada waktu malam dan hanya makan di siang hari.

Aardwolf mempunyai lidah yang sangat panjang dan melekit seperti lidah tenggiling yang memudahkan ia untuk memakan anai-anai. Seekor aardwolf  boleh memakan 300,000 anai-anai dalam satu malam!

Aardwolf  dewasa selalunya membesar seperti saiz seekor musang  dan merupakan haiwan bersifat monogami. Aardwolf sentiasa setia dengan pasangan yang sama sehingga ke akhir hayatnya.

Tidakkah haiwan aardwolf ini sangat comel? Dengan sifatnya yang tidak membahayakan lagi membuat aardwolf ini sangat comel bagai mahu mencubit pipi dan menarik telinganya!

Aardwolf dewasa juga sama comel seperti anaknya

Aardwolf datang dari keluarga yang sama dengan spesies hyena tetapi haiwan ini boleh menegakkan rambutnya dengan tinggi seperti ‘mohawk’.

Tidak seperti hyena yang memakan daging, aardwolf lebih suka memakan anai-anai.

Aardwolf bergerak aktif di waktu malam dan tinggal di dalam lubang bawah tanah yang terdapat di Afrika Timur dan Selatan.



Pada mulanya saintis berfikir yang aardwolf merupakan haiwan yang suka bersendirian, tetapi sebenarnya ia haiwan yang gemar hidup berkeluarga.

Aardwolf selalunya tidak menggali lubang rumahnya sendiri, sebaliknya akan menduduki lubang yang telah ditinggalkan haiwan lain.

Aardwolf mempunyai lidah yang melekit dimana ia digunakan untuk menjilat ribuan anai-anai yang menjadi makanan kegemaran.

Seekor aardwolf  boleh memakan sehingga 300,000 anai-anai pada satu malam!

Aardwolf dewasa akan membesar dengan saiz yang sama seperti musang.

Aardwolf merupakan haiwan bersifat monogami, ia akan setia bersama pasangan yang sama sehingga ke akhir hayat.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Erabaru.com.my

———————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH HAIWAN YANG UNIK UNTUK KORANG!!!

Dikatakan Pernah Makan Monyet??? Ikan Air Tawar Bersaiz Raksasa Ini Merupakan Makhluk Yang Ditakutkan Ikan Piranha…

Kebiasaannya, ikan air tawar mempunyai saiz yang kecil. Namun demikian, di Sungai Amazon, terdapat seekor ikan seperti raksasa bernama ikan arapaima atau nama saintifiknya Arapaima Gigas.  Di Brazil pula, ikan ini dikenali sebagai Piracucu.

Dengan berat daripada 100kg hingga 200kg, ikan ini juga merupakan pemangsa bagi ikan-ikan lain di lembah sungai. Malah, burung-burung kecil di permukaan air juga menjadi mangsanya.

Ikan ini bukan sahaja terkenal kerana saiznya yang besar seperti raksasa malah bentuk badannya unik dan istimewa.

Arapaima mempunyai kulit badan yang keras, panjang sehingga dua meter, serta permukaan kulit berkilauan seperti logam. Umur Arapaima boleh mencecah hingga 20 tahun.

Oleh itu, tidak hairanlah ikan ini ditakuti ikan lain termasuklah pirana. Kalau digigit, entahkan gigi ikan pirana pula yang tertanggal.

Sisiknya sangat keras. Hasil kajian mendapati, terdapat mineral kalsium dan kolagen yang menguatkan permukaan badan ikan ini.

Insangnya juga besar dan memerlukan udara untuk bernafas setiap lima hingga 10 minit. Jika anda berada di Sungai Amazon, anda boleh melihat ini kadang-kala berada di permukaan air untuk bernafas.

Ikan ini telah pun hidup sejak 250 tahun lalu iaitu semenjak zaman purba. Namun demikian, ikan yang dilabel haiwan dilindungi ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan kerana aktiviti pemburuan untuk daging dan pameran eksotik.

Untuk makluman anda, ikan yang berasal daripada Amazon ini pernah dijumpai di Kuala Ketil, Kedah, dan ditangkap untuk dipindahkan kerana ikan ini tidak sesuai dengan ekosistem di Malaysia.

Sumber: NSTP via Era Baru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *