Wow!!! Kek Majlis Resepsi Mawar Dan Raf Yaakob Dihiasi 7,777 Kristal Swarovski…Berapa La Agaknya Harga Kek Ini???

Sharing is caring!

PETALING JAYA: Majlis resepsi pelakon Mawar Rashid dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf yang bertema Dekorasi Enchanted Garden berlangsung meriah dalam suasana tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Majlis serba indah itu mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Glamweddings by Rizalman.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, anggun dalam persalinan rekaan Putra Aziz daripada Cosry dengan wajahnya disolek oleh Ramzamode, rambut (Syuk Qadir) dan henna (Lea Henna).

Sementara itu, Raf, 32, yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob itu turut mengenakan sut rekaan Cosry.

Kejutan kek istimewa dengan kristal Swarovski di majlis resepsi perkahwinan Mawar dan Raf.

Pada majlis itu, pasangan mempelai diraikan oleh seramai 600 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua belah keluarga mempelai diundang pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah ibu Raf, Datin Umi Kalsum Abd. Latib dan ibu Mawar, Datin Marinee Abdullah.

Majlis dimeriahkan dengan nyanyian oleh salah seorang bakat SukaSucre Creatives, Imran Ajmain selain kejutan persembahan oleh kawan baik Raf yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Festival Nombor Satu Malaysia, Mood Republic; Kimi Iskandar Ismail, penyanyi, Amira Othman, persembahan tarian Asyik dari Kelantan oleh isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan nyanyian daripada Fazley menerusi lagu Kiss From A Rose.

Majlis penuh indah bakal diingati pengantin dan tetamu yang hadir.

Setiap satu daripada tetamu yang hadir turut memberikan 200 jambak bunga ros kepada pasangan mempelai semasa persembahan khas Fazley itu.

Lebih istimewa, Ketua Pereka Kek SukaSucre Bistro, Azrene menyediakan kek diberi nama, Enchanted Rose dengan setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah.

Lapisan kek yang menggunakan sebanyak 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki itu sekali gus menjadikan ia sebagai kek perkahwinan tertinggi pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

Pasangan itu selamat dijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 3.20 petang di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 9 November lalu.

sumber www.mstar.com.my

————————————————————————————————————————————-

BONUS : LAGI KISAH ARTIS MENARIK UNTUK KORANG!!!

Gara-Gara Pengabdi Setan, Nama Bront Palarae Melonjak Dan Digilai Di Indonesia…Bakal Ditayangkan Juga Di Eropah Dan US. Wow!!!

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Aktor Bront Palarae, 39, menzahirkan rasa syukurnya apabila penglibatan dalam filem terbitan Indonesia, Pengabdi Setan diterima baik oleh penduduk republik berkenaan.

Bukan itu sahaja, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin turut digelar ‘hot daddy’ oleh warga tempatan yang telah menonton naskhah arahan Joko Anwar itu.

Dia ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, respons positif tersebut amat menggembirakan dan menyenangkan hatinya.
“Saya hanya mampu bersyukur atas setiap pujian yang disuarakan mereka. Orang suka sentiasa lebih baik daripada orang yang menyampah dengan kita,” katanya ringkas.Terdahulu, di laman sosial terutama dalam Twitter, penonton memuji penampilan Bront yang disifatkan seorang yang kacak, malah ada yang terganggu dengan kekacakannya.

Bahkan menerusi tanda pagar #pengabdibapak, terdapat segelintir daripada mereka menonton filem berkenaan berulang kali semata-mata untuk melihat sosok anak kelahiran Alor Star, Kedah itu.
Pengabdi Setan yang ditayangkan di Indonesia dan Malaysia adalah sebuah filem seram, mengisahkan watak Bapak lakonan Bront yang telah kematian isteri, namun kelibat wanita berkenaan kembali untuk melawat anak mereka.





 
Nampaknya our award winning actor (pelakon terbaik dianugerah skrin 2010, 2014 dan ffm 2010) kini menjadi sebutan dan kegilaan peminat indonesia. Tak sia2 lah bront berulang alik kl jakarta shooting filem pengabdi setan yg melonjakkan namanya di sana. Yg lebih menarik lagi filem pengabdi setan ini mendapat 13 pencalonan dalam Festival Filem Indonesia uolllsss. Walaupun nama bront sendiri tidak tercalon, tetapi as one of the main cast, berita ini pasti sesuatu yg membanggakan. Selain mendapat rating yg tinggi di imdb, filem ini juga antara plg tinggi jumlah penonton of all time. untuk penonton di tanah air Pengabdi Setan akan ditayangkan di sini mulai 23 November ni. Dengarnya akan ditayangkan di US dan Europe… wahh kalau betul la, ini suatu pencapaian yg hebat buat bront. semoga bront terus sukses dgn projek2 akan datang!


Sumber : UTUSAN ONLINE via Forum CARI

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *