Kenapa Ramai Yang Tutup Webcam Pada Laptop Masing-Masing? Ini Sebab-Sebabnya…

Sharing is caring!

Zaman sekarang sangat canggih di mana teknologi bergerak lebih pantas berbanding dengan manusia – Lihat sahaja telefon pintar, TV pintar, alat kawalan jauh dengan akses suara dan pelbagai lagi. Namun, apa yang bahayanya adalah teknologi boleh digodam.

Kini, ramai juga orang yang dilihat melekatkan pita pelekat pada webcam, mungkin anda juga lakukannya. Perasankah anda bahawa baru-baru ini banyak orang menasihati anda untuk menutup webcam pada komputer dan komputer riba kerana dikatakan bahawa penggodam berpotensi untuk melihat dan merakam anda tanpa anda sedar. Pada ketika itu, lampu pada webcam tidak akan mengeluarkan cahaya.

Menurut Agensi Keselamatan Siber Malaysia, pada tahun 2016, terdapat pelbagai gangguan pada server di Malaysia yang berjaya dikesan selama beberapa tahun dan pihak tersebut telah pun menasihati orang ramai berkenaan dengan ancaman itu walaupun nasihat itu diabaikan.

Selain daripada penggodaman pada webcam, teknologi sudah makin canggih sehinggakan boleh menggodam mikrofon pada komputer, telefon dan pelbagai lagi. Jadi, dengan melekatkan pita pada webcam anda mungkin boleh memberikan anda rasa lega dan selamat.

Sumber: collegechoice

Mungkin anda berfikir bahawa siapalah anda untuk digodam atau mungkin anda bukanlah sasaran mereka. Tetapi, laporan menunjukkan bahawa pada tahun 2016, lebih 2,100 server telah dijual pada penggodam dengan harga serendah RM29 sehingga RM24,600 menerusi laman web beli belah jenayah siber iaitu xDedic yang turut dikenali sebagai ‘eBay jenayah siber’. xDedic digunakan oleh penjenayah untuk mendapatkan akses dan kata laluan bagi memasuki server seluruh dunia.

Di Belanda, seorang wanita dikatakan telah mengalami gangguan pada gajet-gajetnya di mana beliau mendapati bahawa webcam pada komputernya telah mengintipnya.

Beliau membeli peranti webcam itu untuk melihat pergerakan anak anjingnya tetapi sebaliknya beliau pula yang diperhatikan. Pada ketika itu, Rilana bersama rakannya menyedari bahawa webcam yang dibelinya berpusing ke arahnya.

Dengan penuh ketakutan, beliau mengambil telefon bimbit dan merakam pergerakan webcam berkenaan. Rupanya, peranti Rilana telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Jadi, jika anda ingin berasa selamat, maka tutuplah webcam anda dengan pita pelekat. Bahkan Mark Zuckerberg juga lakukan perkara yang sama.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *