NAK GUNA AIRCOND TAPI TAKUT BIL ELEKTRIK MAHAL? CARA PENGGUNAAN AIRCOND YANG BETUL UNTUK ELAKKAN BIL MELAMBUNG…

Sharing is caring!

Artikel ini merupakan perkongsian Nael Sahlan yang menceritakan cara-cara penggunaan alat penghawa dingin yang betul bagi menjimatkan bil eletrik di rumah anda.

…Bil letrik rumah aku meningkat sebanyak 150% pada bulan lepas. Mungkin kerana penggunaan alat penghawa dingin yang kerap sejak kebelakangan ini menjadi bil elekrik rumah aku lebih mahal daripada bulan-bulan sebelumnya.

Aku kemudiannya cuba mencari di internet cara-cara untuk menjimatkan penggunaan tenaga eletrik semasa menggunakan penghawa dingin dan berikut merupakan jawapan yang aku perolehi:

Untuk pengetahuan, kompressor alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga eletrik yang tinggi apabila anda tetapkan suhu bilik di bawah 24°C.

Di dalam mod Kering/Dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini.
Harap maklum bahawa penggunaan eletrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod Sejuk/Cool dengan suhu 16°C.

Jadi, pada waktu malam, disarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik

Tidak perlu dirisaukan akan berasa panas dengan suhu 25°C kerana udara dingin akan terkumpul di dalam bilik anda dan suhu semakin menurun sehingga subuh pada waktu malam.
Jangan risau, Allah memang ciptakan badan kita agar dapat menyesuaikan badan dengan suhu persekitaran. Sebab itu, orang yang duduk di Iceland itu relaks saja walaupun suhu di bawah -°C. Ini kerana badan mereka sudah terbiasa dengan suhu persekitaran.

Itu sajalah perkongsian saya, semoga bermanfaat. Cubalah dulu, kalau tak sejuk juga, maksudnya anda perlu membeli aircond baru inverter. Confirm jimat.

Sumber : EraViral.com

————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI TIPS MENARIK UNTUK KORANG!!!

VIRAL SIRAM KERETA BARU DENGAN AIR YASIN SUPAYA TAK ACCIDENT…INI KOMEN BERANI MUFTI BUAT RAMAI SETUJU…..

Baru-baru ni viral di laman sosial tentang trend siram kereta baru beli dengan air yasin, kononnya dapat elak dari kemalangan. Ekoran ramai yang ikut trend tu, Mufti Negeri Sembilan beri komen berani buat ramai setuju. Jom baca dan kongsikan.

Related image

Gambar Hiasan

“Boleh menimbulkan fitnah dan tohmah kepada orang lain. Maka (perbuatan sebegitu) perlu ditegah dan tidak boleh dijadikan ikutan,” tegas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir individu beragama Islam yang dipercayai memandikan kenderaan baharu mereka menggunakan air daripada solat hajat dan bacaan Surah Yasin.

Berdasarkan perkongsian beberapa individu menerusi laman media sosial Facebook, difahamkan langkah tersebut diambil untuk mengelakkan kenderaan mereka ditimpa perkara tidak diingini misalnya kemalangan atau kecurian.

Sinar Harian mendapati, amalan dikongsi melalui ruangan komen sebagai respons terhadap berita kemalangan melibatkan kenderaan milik seorang pelakon terkemuka tanah air, baru-baru ini.
PERBUATAN SYIRIK
“Solat hajat dan membaca Surah Yasin memang perbuatan yang elok. Tapi apabila airnya sampai dibuat mandi kenderaan, haiwan dan sebagainya, itu tidak patut dan sama sekali menyeleweng.

“Senang kata, amalan itu baik pada asalnya. Tapi kemudian (bertukar) jadi buruk hingga membawa tanggapan serong dalam kalangan masyarakat disebabkan perbuatan sebegini,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd Yusof, tindakan mereka menguar-uarkan perbuatan tersebut kepada orang ramai juga secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah wujud cubaan menyebarkan fahaman sedemikian.

“Kalau sampai bercerita pada orang lain, itu lagi tidak betul dan (boleh dianggap) khurafat. Nanti jangan ada pula yang hendak (pergi) merompak dan berjudi, tapi solat hajat terlebih dulu.
ELAK PERKARA YANG MENGUNDANG FITNAH
“Dalam hal ini, kita boleh ambil contoh apabila seseorang bermimpi jumpa Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa sesiapa yang bermimpi melihatnya, itu memang sahih kerana syaitan tidak dapat menyerupai dirinya.

“Tapi apabila individu yang mendapat mimpi itu asyik mencanangkannya ke sana sini, tetap tidak dapat lari daripada timbul fitnah walaupun perkara itu benar belaka,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan individu terbabit supaya merujuk kepada golongan ulama, sebelum mempraktikkan sesuatu amalan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Patutnya mereka dapatkan pandangan daripada orang yang betul-betul faham berkaitan agama terlebih dulu. Ketahui hukumnya, sebelum buat,” katanya.

Sumber : Sinar Harian via khalifahmailonline

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *