Dah Tengok Trailer Avengers: Infinity War? Ini 8 Adiwira Yang Akan Muncul Dalam Filem Ini Tetapi Tidak Ditunjukkan Dalam Trailer Tersebut…

Sharing is caring!

Trailer rasmi filem Avengers: Infinity War telah menjadi fenomena di laman Youtube apabila berjaya mencecah 44juta penonton dalam tempoh masa 24 jam ia disiarkan. Trailer tersebut telah menampilkan hampir kesemua superhero Marvel Cinematic Universe yang sedang menantikan serangan dari penjahat paling berkuasa dalam MCU, Thanos yang mahu mengumpul kesemua batu-batu Infinity yang menjadi punca kepada peperangan diantara superhero Marvel dan Thanos.

Bagaimanapun, trailer tersebut tidak menunjukan beberapa karakter yang begitu ‘familiar’ dalam beberapa filem Marvel. Mari kita lihat karakter manakah yang tidak muncul dalam trailer Avengers: Infinity War.

1 Clint Barton/Hawkeye.

Salah satu watak yang cukup ‘familiar’ dalam MCU, tetapi ketiadaannya dalam trailer mengundang seribu persoalan samada beliau akan muncul dalam filem ketiga Avengers itu atau tidak. Dalam senarai pelakon di laman IMDb, nama Jeremy Renner yang membawakan watak Hawkeye tertera dalam barisan pelakon Avengers: Infinity War, tetapi terdapat ura-ura dari beberapa laman web antarabangsa yang mengatakan, watak ini mungkin hanya muncul dalam Avengers 4 dan tidak muncul dalam Avengers 3 kerana dia dalam persembunyian ataupun berkabung disebabkan kematian ahli keluarganya.

Apapun kita nantikan filem Avengers 3 untuk melihat samada Clint Burton akan menyertai ahli Avengers yang lain memerangi Thanos dan Black Order. Tetapi yang pasti, Clint Burton sah akan muncul dalam Avengers 4 dengan penampilan terbaru sebagai Ronin.

2. Ant-Man and The Wasp.

Paul Rudd juga seperti Jeremy Renner yang mana namanya tersenarai dalam senarai pelakon Avengers: Infinity War dilaman IMDb, tetapi tidak Evangeline Lilly yang membawakan watak The Wasp. Evangeline hanya disahkan menyertai Avengers dalam filem keempat. Khabar angin mengatakan timeline filem Ant-Man and The Wasp akan berlaku sebelum event Infinity War, jadi kita boleh assume, The Wasp mungkin pergi ke Quantum Realm (mungkin!) manakala Paul Rudd aka Ant-Man mungkin atau tidak sertai Avengers dalam Infinity War.

3. Nebula

Karen Gillan juga disahkan dalam senarai pelakon Avengers: Infinity War. Walaupun wataknya tiada dalam trailer, dia tetap akan muncul dalam filem Avengers 3 mengambil kira hubungannya dengan Thanos yang merupakan ayahnya. Nebula mungkin akan sertai Guardians of the Galaxy yang pergi ke Bumi untuk menentang Thanos.

4. Valkyrie

Sejak kemunculannya dalam Thor: Ragnarok, watak yang dilakonkan oleh Tessa Thompson ini menjadi bualan peminat-peminat Marvel. Namanya dalam IMDb buat masa ini disahkan sebagai ‘rumor’ sahaja, tetapi jika mengambil kira ‘mid-credit scene’ dalam filem Thor: Ragnarok yang menuju ke arah Infinity War, kemungkinan Valkyrie akan muncul menyertai superhero yang lain dalam menentang Thanos..melainkan dia terbunuh semasa kapal perang Thanos menyerang kapal angkasa Asgardians.

5. The Collector/Taneleer Tivan

Walaupun trailer rasmi tidak menunjukkan pemilih Batu Infinity Reality Stone ini, tetapi ‘leaked’ video klip Infinity War mengesahkan beliau akan muncul dalam filem Avengers: Infinity War.

6. Shuri

Adik kepada Black Panther ini tidak ditunjukkan dalam trailer rasmi Infinity War, walaupun begitu, beliau tetap akan muncul dalam filem tersebut memandangkan Wakanda bakal diserang oleh tentera-tentera Thanos dan Black Order. Dia perlu bersama-sama tentera Wakanda dan superhero Bumi mempertahankan Wakanda dari dihancurkan oleh villain filem ini. Letitia Wright yang membawakan watak Shuri juga disahkan antara pelakon dalam filem Avengers 3 oleh laman IMDb.

7. Peppers Potts

Setelah lama tidak memunculkan diri selepas filem Iron Man 3, akhinya love interest Tony Stark muncul kembali dalam filem Spider-Man: Homecoming. Watak Peppers Potts tidak kelihatan dalam trailer Infinity War, tetapi nama Gwyneth Paltrow tertera dalam senarai pelakon di IMDb dan gambarnya terlibat dalam pengambaran Infinity War juga dikongsikan oleh Jon Favreau di laman sosial.

8. Black Dwarf dan Ebony Maw

Thanos tidak bersendirian ketika menyerang bumi untuk merampas batu infinity dari tanngan superhero Bumi, penjahat tersebut datang bersama-sama kumpulannya iaitu Black Order dan bala tenteranya. Dalam trailer rasmi, watak Proxima Midnight dan Corvus Glaive telah ditunjukan, tetapi Black Dward dan Ebony Maw tidak ditunjukkan. Mereka tetap akan muncul kerana Black Dward dan Ebony Maw adalah anggota Black Order.

Sumber : Kakimuvee.net

————————————————————————————————————————————–

BONUS : LAGI KISAH MENGENAI MARVEL UNTUK KORANG!!!

 (Video) Filem Justice League Mengecewakan? Mungkin Korang Perlu Tonton Dahulu filem Justice League Tahun 1997…

justice league watak berlari gagah

Filem ‘Justice League’ sebenarnya adalah antara filem yang sangat ditunggu-tunggu bagi peminat filem komik. Namun ulasan awal filem tersebut berbunyi sangat-sangat mengecewakan dan mampu membuatkan kita takut hendak pergi menontonnya.

Jika anda adalah salah seorang yang berdebar-debar menantikan kemunculan filem kedua ‘Justice League’ sekian lama, kami syorkan kepada anda untuk menonton terlebih dahulu filem pertama Justice League yang ditayangkan dalam format filem untuk televisyen pada tahun 1997 ini.

justice leaguefilem televisyen 1997

Idea asalnya datang daripada studio CBS yang mahu bekerjasama dengan DC Comics bagi menerbitkan satu siri televisyen yang memaparkan watak dari siri Justice League of America. Perancangan awalnya, siri itu akan ditayangkan ketika waktu perdana dan mempunyai klasifikasi sesuai untuk tontonan semua peringkat golongan.

Walau bagaimanapun, masalah besar melanda idea asal mereka; watak-watak paling penting dalam Justice League iaitu Superman, Batman dan Wonder Woman tidak dapat digunakan atas masalah hak cipta jadi penerbit memutuskan untuk menggunakan watak-watak lain yang ada iaitu The Flash, Green Lantern, Fire, Ice, The Atom dan Martian Manhunter sebagai ketua kepada kumpulan Justice League ini.

Selesai masalah watak, timbul pula idea yang bercelaru daripada penulis yang cuba menyelitkan unsur-unsur kehidupan seharian dalam skrip. Setiap watak diberikan masalah sebenar yang dihadapi oleh orang dewasa bagi mencerminkan realiti sebenar kehidupan seorang adiwira.

justice league1997 promo

The Flash mengalami masalah pengangguran, The Green Lantern pula kerap mengecewakan teman wanita kerana terlalu sibuk dengan tugas, watak Fire pula gagal menjadi pelakon terkenal seperti yang dia impikan sementara watak The Atom pula kerap meninggalkan kelas sains yang perlu dia ajar.

Peminat komik DC yang mengikuti perkembangan pembikinan siri ini mula risau setelah mereka mendapati terlalu banyak unsur-unsur realiti yang menjadi elemen penting pada watak Justice League yang ada, sedangkan kebiasaannya watak adiwira DC seringkali digambarkan sebagai satu watak yang gagah dan perkasa. Tidak ada siapa mahu tengok adiwira gagah dalam komik berhempas pulas menangani masalah mencari pekerjaan yang sesuai.

justice league berkumpul

Dibintangi oleh Matthew Settle, Kimberly Oja dan Kenny Johnston serta diarahkan oleh seorang pengarah bernama Felix Enriquez Alcala. Justice League mengisahkan tentang Justice League yang cuba hidup sebagai manusia biasa, menghadapi cabaran hidup beserta ancaman daripada watak jahat bernama The Weather Man yang kerap mengugut New Metro City (bandar fiksyen di mana mereka hidup) dengan ancaman cuaca buruk.

Ya, cuaca buruk.

Dengan rekaan kostum yang jelas kurang diberi penekanan pada rekaan, serta rekaan watak yang lemah, memang sejak mula lagi rancangan Justice League ini seolah-olah dicipta untuk gagal. Terlalu banyak elemen yang ditukar secara suka-suka pada watak menjadikan watak yang dikenali dalam komik bertukar kepada satu watak baru yang tidak menarik untuk ditonton. Skripnya lemah dengan tidak ada penegasan yang mengujakan penonton benar-benar berlaku.

the flash menyiasat

Filem ini langsung tidak ditayangkan di Amerika Syarikat dan hanya ditayangkan dibeberapa negara yang tidak bernasib baik, seperti Puerto Rico, Mexico, England, India dan Israel. Perancangan asal hendak menyambung filem itu ke dalam bentuk siri televisyen selepas itu, dihentikan atas alasan-alasan yang tidak diberitahu.

Jika kita imbas kembali, filem ini masih baru usianya, hanya 20 tahun. Namun terdapat lonjakan besar dalam kualiti filem adiwira ketika tempoh tersebut. Tidak dinafikan, era tersebut merupakan satu era zaman gelap filem adiwira selepas kemunculan filem-filem kurang berkualiti seperti Spawn atau Batman & Robin, yang sedikit sebanyak pasti mempengaruhi perancangan Justice League ini.

Adakah filem ini masih relevan pada tahun 2017? Sama sekali tidak tetapi sekurang-kurangnya jika filem Justice League versi 2017 mengecewakan ramai peminat filem, kita hanya perlu ingat semula filem pertama Justice League bagi mengingatkan kita, ada filem Justice League yang lebih teruk.

Sumber : Illuminasi

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *