Gebunya!!! Pernah Terbiar Dahulu, Kini Saiznya Sebesar Tuannya…Wow!

Sharing is caring!

Kucing ini dilahirkan dengan hanya dua jari kaki pada kaki kanannya, dan ketika kecil, ia menghadapi masalah. Tetapi pemiliknya percaya kepadanya, dan dengan cinta dan kasih sayang, ia berjaya membesar menjadi kucing yang sihat dan hebat.

Apabila Justina Strumilaite membela kucing kecil bernama Brownie, ia berada dalam keadaan yang sangat teruk. Ia memulakan kehidupannya yang cacat – dilahirkan dengan hanya dua jari kaki di kaki kanannya. Pada satu ketika, ia bahkan berhenti makan. Semua orang bimbang bahawa ia mungkin tidak dapat hidup lebih daripada sebulan.

Namun Justina tidak menyerah kalah pada Brownie. Dia memeliharanya, memberinya kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Bahkan dia percaya bahawa ia akan berjaya hidup.

Akhirnya, Brownie mula menunjukkan peningkatan berat badan. Daripada semasa ke semasa, ia mula menjadi lebih hebat dan lebih besar sehingga menjadi kucing yang hebat sekarang ini. Transformasinya sangat mengejutkan!

Paling penting, ia kini merupakan kucing yang gembira dan aktif. β€œIa sangat mesra dan tahu namanya dengan baik, ia mempunyai keperibadian anjing dan mengikuti anda sebaik sahaja anda pulang ke rumah tidak kira di mana anda pergi! Ia suka orang! Ia adalah sahabat saya yang paling setia. Dan ia juga pandai memberikan ciuman! ” kata Justina.

Ia kini mempunyai bulu yang luar biasa dan lebih besar daripada beberapa anjing! Daripada kucing yang kecil terbiar menjadi kucing yang besar dan sihat. Apa yang ia perlukan adalah cinta dan seseorang yang akan mempercayainya.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *