Baru Beli Barang Berjenama? Ketahui Sama Ada Barang Anda ‘Fake’ Atau ‘Ori’ Dengan Menggunakan Alat Ini…

Sharing is caring!

Ketahui Sama Ada Barang Anda ‘Fake’ Atau ‘Ori’ Dengan Menggunakan Alat Ini…

Tidak dinafikan, barang-barangan tiruan berjenama memang sukar untuk dibezakan dengan yang original, dan hakikat ini sendiri diakui pakar. Namun, sebuah syarikat yang berpangkalan di New York iaitu Entrupy telah mencipta satu alat yang mampu membezakan antara beg tangan tiruan dengan yang original.

Anda hanya perlukan sebuah telefon pintar serta kamera mikroskopik dan anda akan dapat jawapannya dalam masa beberapa minit sahaja.

Sumber foto : Entrupy.com

Alat ini dicipta berdasarkan prinsip bahawa kebolehan algoritma komputer boleh dilatih untuk mencari perbezaan di antara barangan tulen dengan yang sebaliknya.

Kamera tersebut akan membesarkan imej objek sebanyak 260 kali ganda dan menggunakan fungsi cahaya yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Produk-produk tulen kebiasaannya mempunyai tag holografik, cetakan mikro dan isyarat radio. Manakala produk tiruan selalunya mempunyai cap jenama tidak asli di samping jurang kecil dalam lapisan kulit produk tersebut.

Ciri-ciri ini akan dikenalpasti oleh Entrupy dalam membezakan di antara kedua-dua produk tulen dan tiruan.Tambahan pula, pangkalan data Entrupy mempunyai berpuluh-puluh juta gambar beg tangan dan dompet daripada 30,000 jenama berbeza. Ini memudahkan lagi alat ini untuk mengesannya. Peranti ini juga mampu mengesan dengan ketepatan 98% bagi produk dari jenama-jenama terkenal di dunia seperti Gucci, Chanel, Louis Vuitton, Fendi, Hermes serta banyak lagi.

Walaubagaimanapun, syarikat Entrupy tidak mempunyai sebarang kaitan dengan jenama-jenama ini.

Dengan kebanjiran penjual barangan fesyen online masa kini, amatlah penting untuk mendapatkan kepercayaan daripada para pembeli dengan membuktikan bahawa barangan yang dijual adalah tulen. Kedai-kedai barangan second-hand umpamanya, banyak mengupah khidmat kakitangan pakar untuk mengesan produk tiruan namun ianya menelan belanja yang banyak dan penjual berskala kecil mungkin tidak mampu untuk berbuat demikian.

Umumnya, alat ini ideal untuk digunakan oleh penjual-penjual berskala medium dan besar, kedai pajak gadai serta pemborong yang menitikberatkan ketulenan produk-produk yang dijual. Setakat ini, sebanyak 160 penjual telah menggunakannya.

Bukan sahaja beg tangan, peranti ini juga boleh digunakan untuk membezakan semua barangan tulen dan tiruan kecuali permata dan porselin kerana ianya bersifat membias. Ini bermakna barangan seperti telefon, pengecas, jaket, kasut serta minyak mentah juga boleh dikesan.

Peranti ini boleh dibeli dengan harga permulaan $ 299 dan ansuran bulanan bermula dari $ 99 setiap bulan.

Sumber foto : Entrupy.com
Tonton bagaimana cara menggunakan Entrupy dalam video di bawah :

Sumber :

Refinery29

Bloomberg 

News.Sky 

Kredit : Deenamik.com

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *