Tidak Perlu Mesin ‘Air Purifier’!!! Letak Salah Satu Daripada 17 Tumbuhan Ini Dalam Rumah Korang Dan Ia Akan Bersihkan Udara….Menurut Kajian NASA.

Sharing is caring!

Rumah anda harus menjadi tempat perlindungan, tempat di mana anda boleh merasa aman dan damai. Anda juga perlu memastikan tempat anda kemas dan teratur. Tidak bermakna anda hanya perlu membersihkan objek di sekitar rumah anda sahaja, bahkan ia turut melibatkan pembersihan udara di dalam rumah anda.

Bagaimana anda melakukannya? Anda boleh menggunakan pembersih udara, atau anda boleh ambil pendekatan yang lebih semula jadi iaitu dengan memelihara pokok ‘penapisan udara’.

Pada penghujung tahun 1980-an, NASA sedang meneliti cara-cara untuk menyahtoksik udara di dalam stesen angkasa. Mereka menjalankan kajian untuk mengenalpasti tumbuhan terbaik untuk menapis udara dalaman dan mengubah karbon dioksida menjadi oksigen.

Pada tahun 1989, NASA membebaskan hasil kajian dan ia termasuk senarai komprehensif tumbuhan yang paling berkesan dalam membuang agen-agen toksik pada udara.

Kajian itu juga mencadangkan supaya anda meletakkan sekurang-kurangnya satu tumbuhan bagi setiap 100 kaki persegi ruang dalaman kerana tumbuhan boleh menapis toksin udara seperti trichlorethylene, formaldehydebenzene, xylene, dan ammonia.

Untuk melihat tanaman mana yang terbaik untuk diletakkan ke dalam rumah anda (atau pejabat), lihat cadangan di bawah. Kami pasti anda akan dapati sesuatu yang mudah diperoleh dan muat diletakkan di ruang rumah anda.

#1. Boston fern

#2. Bamboo palm

#3. Flamingo lily

#4. Peace lily

#5. Cornstalk dracaena

#6. Kimberly Queen fern

#7. Weeping fig

#8. Variegated snake plant

#9. English ivy

#10. Barberton daisy

#11. Devil’s ivy

#12. Spider plant

#13. Chrysanthemum

#14. Dwarf date palm

#15. Chinese evergreen

#16. Broadleaf lady palm

#17. Red-edged dracaena

Adakah anda sudah mempunyai beberapa tumbuh-tumbuhan yang disarankan NASA di rumah anda, dan adakah anda mengalami manfaatnya? Beritahu kami tentangnya di bahagian komen!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *