(Video) Membanggakan!!! Anak Malaysia Ini Berlakon Dalam Iklan Permainan Video Terkenal, Nintendo Di Jepun…

Sharing is caring!

Membanggakan!!! Tidak pernah berlakon di Malaysia, namun anak Malaysia ini berjaya mendapat peluang berlakon dalam iklan ‘Games’ terbaru Nintendo di Jepun.

Berikut adalah perkongsian pengalaman Kamal Zharif Kamaludin ketika beliau berlakon dalam iklan ‘games’ tersebut.

Mendapat peluang terlibat dalam penggambaran iklan komersial (CM : Commercial Message) permainan baru siri Youkai Watch game Nitendo 3DS, iaitu Youkai Watch Busters 2.

Ia disiarkan di TV dan juga media di internet.

Image may contain: 2 people, people sitting and outdoor

2 watak utama Youkai Watch diperkenalkan iaitu Jiba-nyan (merah) dan Koma-san (putih). Youkai Watch adalah francais pada role-playing video games dan telah beberapa siri dikeluarkan.

Adaptasi manga dibuat. Begitu dengan siri anime tv di mana ia mendapat rating tinggi. Ia menjadikan populariti francais meningkat. Ia diikuti dengan filem anime pada tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.

Penggambaran ini telah memakan masa 4 hari di mana 2 hari terlibat untuk penggambaran penuh. 2 hari lagi diperuntukkan bagi perjalanan ke tempat set penggambaran.

Lokasinya jauh dari Tokyo bagi mendapatkan suasana hutan tropika, sesuai dengan ciri-ciri permainan Youkai Watch.

Watak utama dalam CM terbaru ialah Shingo Kawaguchi, seorang pelakon Jepun. Beliau pernah memegang watak Kamen Rider Todoroki dalam siri cerita Kamen Rider Hibiki dan Kamen Rider Decade. Selain itu, watak Kamen Rider Mage juga dimainkan dalam siri Kamen Rider Wizard.

Dalam CM tersebut, Kawaguchi-san menjadi seorang pengembara hutan yang turut disertai oleh Jiba-nyan dan Koma-san. Grup juga kembara juga diikuti oleh 2 orang. Watak saya adalah sebagai ‘local guide’, itu yang dilihat pakaian tidak sama dengan tim pengembara.

Image may contain: 1 person, outdoor, water and nature

Local guide adalah seorang berbahasa ibunda yang jarang didengari oleh orang Jepun. Jadi dalam grup, local guide tetap akan bercakap bahasa yang tidak difahami oleh pengembara tersebut. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu.

Grup pengembara ini dibuat bagi mencari sesuatu yang bersifat ‘lagenda’ dan juga harta karun. Oleh itu, para pengembara perlu melalui hutan tebal dan dalam perjalanan menemui beberapa makhluk.

Bagi menjayakan penggambaran iklan tersebut, 3-4 kenderaan (termasuk 1 bas mikro) telah digunakan. Walaupun ia 4 hari, tetapi prosesnya lagi lama kerana ada kru-kru yang telah sampai terlebih dahulu. Ia bagi melihat kawasan mana yang sesuai untuk dibuat fotografi.

Alhamduilllah, penggambaran dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual.

Ini pautan bagi melihat video rasmi yang dihasilkan:

Sumber : fb Kamal Zharif Kamaludin

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *