Gara-gara Bertatu Pada Mata, Model Ini Menderita Mata Berlendir Ungu Serta Mungkin Buta Kekal…

Sharing is caring!

Model Dari Kanada Ini Berdepan Mimpi Ngeri
Gara-gara memakai tatu ungu pada mata, seorang model dari Kanada kini menderita kerana matanya bengkak, mengeluarkan air berwarna ungu dan mungkin akan menjadi buta kekal.

Catt Gallinger, dari Ontario, Canada itu mewarnakan bahagian matanya dengan warna ungu kerana tertarik dengan kecantikan wanita-wanita yang pernah memakainya sebelum ini. Ditambah dengan statusnya sebagai seorang model, dia merasakan tindakannya itu akan menyerlahkan lagi dirinya dalam dunia permodelan.

Sumber foto : My Joy Online

Namun, semua itu menjadi mimpi ngeri buat Catt. Beberapa hari selepas matanya dicucuk-cucuk jarum tatu, bahagian luar matanya menjadi pedih serta bengkak. Penglihatannya juga menjadi begitu kabur.

Sumber foto : My Joy Online

Doktor perubatan mengesahkan bahawa jarum yang dipenuhi kuman serta dakwat tatu yang terlalu pekat adalah punca mengapa Catt menerima simptom-simptom sebegitu. Dia walaubagaimanapun berjaya dirawat buat sementara setelah doktor memberikan cecair penitis mata bagi mengeluarkan dakwat dan menghilangkan bengkak pada anak mata.

Catt mengakui tindakannya itu adalah satu perbuatan yang bodoh. Akibatnya, dia mungkin terpaksa meninggalkan kerjaya permodelannya bagi memulihkan kembali matanya. Dia juga sudah hilang keyakinan untuk melihat dirinya sendiri di cermin. Dia kini terpaksa memakai cermin mata gelap ke mana-mana sahaja dia pergi kerana terlampau malu.

ModelMataya mengeluarkan cecair berwarna ungu.

Catt tetap bertegas akan mengambil tindakan undang-undang kepada artis yang melukis tatu pada matanya kerana melakukan prosedur yang sensitif tanpa latihan yang secukupnya.

Trend mewarnakan atau memakai tatu pada mata ini dikesan mula diamalkan sejak tahun 2007. Doktor-doktor di hospital ada menawarkan khidmat tersebut tetapi hanya untuk tujuan perubatan seperti mengelakkan dari kecederaan, penyakit dan sebagainya.

Catt Gallinger

Namun, perkara itu mula diamalkan oleh pembuat tatu yang menawarkan khidmat mewarnakan mata untuk tujuan kosmetik. Justeru, doktor sangat melarang orang ramai daripada mengenakan tatu pada mata kerana prosedur itu tidak menepati standard keselamatan dan kesihatan.

Catt Gallinger

Diharapkan orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada tragedi yang menimpa Catt Gallinger ini dan jangan sesekali mewarnakan mata dengan menggunakan khidmat sebarangan pihak.

Sumber :
New York Daily News via Deenamik

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *