Adakah Menaikkan Harga Rokok Kepada RM50 Sekotak Mampu Jinakkan Perokok?

Sharing is caring!

Ramai pihak yang memberi cadangan kepada kerajaan supaya menaikkan harga rokok kepada RM50 sekotak dalam pembentangan Bajet 2018 nanti.

Dengan menaikkan harga rokok, ianya akan menyukarkan golongan belia terutamanya untuk menghisap rokok kerana harganya yang mahal. Pada masa yang sama, ianya juga dapat membanteras gejala pengambilan dadah dalam kalangan remaja.

harga rokok

Sesetengah pihak melihat cadangan ini sebagai satu langkah yang bagus dalam mengurangkan gejala tidak sihat ini di Malaysia. Pastinya orang ramai akan berfikir dua kali sebelum membeli rokok sekiranya harga rokok dinaikkan.

Persoalannya, adakah menaikkan harga rokok merokok akan menyelesaikan masalah sekiranya mereka semua ini tidak faham bahaya merokok yang sebenarnya ?

Sudah tentu jawapannya tidak. Manusia akan melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Mendapatkan rokok bukanlah perkara yang sukar, mereka boleh sahaja berkongsi duit sesama mereka untuk membeli rokok. Tidak kurang juga, ada segelintir remaja yang mencuri rokok daripada bapa mereka sendiri apabila sudah terdesak.

Sumber foto : NST

Meskipun harga dinaikkan, golongan perokok akan tetap merokok seperti biasa kerana ketagihan merokok bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuang. Menaikkan harga mungkin mengurangkan gejala merokok, tetapi untuk jangka masa sekejap sahaja.

Lambat laun, mereka tiada pilihan dan tetap terpaksa membeli rokok tidak kira berapa mahal harganya.

Lebih teruk lagi, gejala seludup rokok akan lebih bermaharajalela di negara ini sekiranya harga rokok dinaikkan. Tidak kira lah berapa banyak cukai yang dikenakan, permintaan untuk rokok akan tetap meningkat.

harga rokokSumber foto ; Utusan

Bukanlah bermaksud menaikkan harga rokok ini tidak memberi kesan langsung, cumanya cara untuk mengurangkan gejala merokok untuk jangka masa yang panjang juga perlu difikirkan.

Sumber :
Malaysian Digest via Deenamik.com

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *